04/09/2013: Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Sabah yang pertama khusus untuk murid cacat penglihatan bakal beroperasi 1 Oktober depan…

Usaha kerajaan memberi pendidikan terbaik untuk segenap masyarakat kini jelas terbukti apabila bangunan Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Sabah yang pertama khusus untuk murid cacat penglihatan bakal beroperasi 1 Oktober depan.

Pengarah Pendidikan Sabah Jame Alip berkata, bangunan sekolah yang menelan kos sebanyak 28.8 juta ringgit itu akan menggantikan sekolah lama yang terletak di SK Pekan Tuaran.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Projek SKPK Sabah di Kota Kinabalu.

Menurut Jame, sekolah tersebut bakal menempatkan 37 murid cacat penglihatan.

Bangunan sekolah seluas 2.6 hektar itu dilengkapi 20 bilik darjah serta pelbagai kemudahan termasuk asrama, rumah guru, dewan makan, kantin, dewan serbaguna, surau, padang permainan dan kemudahan lif.

Ends/busri/max/dd/cov

~mfja~

 

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s