21/08/2014:LKNS Anjur Bengkel Klasifikasi dan Identiti Penduduk Negeri Sabah

Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) akan menganjurkan Bengkel
Klasifikasi dan Identiti Penduduk Negeri Sabah buat julung kalinya
selama dua hari pada 2 dan 3 September depan bertempat di Ming Garden
Hotel & Residences.

Pengerusinya, Datuk Wences Anggang berkata, penganjuran bengkel ini
penting bagi mencari penyelesaian dengan membincangkan serta memahami
isu yang berkaitan dengan budaya etnik minoriti dan identiti penduduk
negeri Sabah.

Menurut beliau, antara pengisian bengkel ialah pembentangan enam
kertas kerja oleh agensi-agensi kerajaan terdiri daripada LKNS,
Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah,
Jabatan Pendaftaran Negara, Pejabat Hal Ehwal Anak Negeri dan Jabatan
Perangkaan.

Tambahnya, seramai 80 orang peserta yang mewakili 26 persatuan etnik
di Sabah, parti-parti politik, Jabatan Muzium Sabah, Kementerian
Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat dan pihak-pihak lain yang
berkepentingan dijangka akan terlibat dalam bengkel ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Kota Kinabalu.

busri   Fiqah/Mira/wn

sheryl

Tinggalkan komen