Monthly Archives: November 2012

30/11/2012: Paparan Berita Ehwal Semasa RTM Kota Kinabalu Petang ini.

Disediakan Oleh: MFJA Disunting oleh: Maria Isek

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TAJUK-TAJUK UTAMA BERITA……

    * KERAJAAN KOMITED ATASI MASALAH PENGANGGURAN

    * TAMU BAHARU PEKAN TONGOD BANTU PASARKAN HASIL TANI PENDUDUK

    * SIKAP MUDAH PERCAYA PUNCA WANITA JADI MANGSA JENAYAH SIBER

    BERITA SEPENUHNYA……….. Teruskan membaca

30/11/2012: Paparan Berita Ehwal Semasa RTM Sabah, Pagi ini

Disediakan Oleh: MFJA Disunting oleh: Aliza Ali

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TAJUK-TAJUK UTAMA BERITA……

    *** PENJUALAN KOMPUTER 1MALAYSIA TIDAK SEPATUTNYA BERLAKU
    *** PROGRAM SIOK BAH 1MALAYSIA TARIK MINAT MASYARAKAT
    *** KAUNTER PENDAFTARAN BR1M DI DUN KUAMUT TERIMA 500 PERMOHONAN

    BERITA SEPENUHNYA……….. Teruskan membaca

28/11/2012: Paparan Berita Ehwal Semasa RTM Kota Kinabalu

Disediakan Oleh: MFJA Disunting oleh: Aliza Ali

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TAJUK-TAJUK UTAMA BERITA……

    Tajuk-Tajuk utama berita 4.30 petang ini:
    ==============================
    *** POLIS SIASAT PUNCA KEMATIAN REMAJA PEREMPUAN DI KOTA MARUDU

    *** USAHA SELESAIKAN KES CULIK DI LAHAD DATU TERUS DILAKUKAN

    *** KEMENTERIAN PERTAMA DI SABAH SERTAI TOASTMASTERS CLUB

    BERITA SEPENUHNYA……….. Teruskan membaca

28/11/2012: Bahan Berita Ehwal Semasa RTM Kota Kinabalu.

Disediakan Oleh: MFJA Disunting oleh: Ann

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

Sementara itu, siasatan ke atas Projek Teluk Likas telah siap dan hasilnya telah dimaklumkan kepada Kabinet Negeri.

Datuk Abidin Madingkir dalam kenyataannya berkata, beliau telah mengarahkan pemaju projek berkenaan melakukan siasatan berhubung runtuhan panel bangunan tujuh tingkat yang dibina bersebelahan Pusat Dagangan Sabah, 28 Ogos lepas dan mengemukakan laporan terperinci mengenainya.

Sehubungan itu, laporan penuh telah diterima pada 5 Oktober lalu.
Sementara itu, dalam laporan berasingan berhubung integriti struktur bangunan itu, dilaporkan bahawa kerosakan tersebut tidak akan menjejaskan integriti struktur keseluruhan bangunan.

Ends/Ann

___________________________________________________________________________________________

Hampir 5-ratus pengguna sekitar Kota Kinabalu terputus bekalan elektrik beberapa jam bermula 4.54 pagi, Ahad lepas.
Hasil pemeriksaan anggota kerja Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Taman Khidmat mendapati, sebatang tiang elektrik voltan tinggi SESB rosak dilanggar kenderaan dalam satu kes langgar lari.
Pengurus Besar Kanan SESB, Insinyur Ahmad Fuad Md Kasim dalam kenyataannya berkata, tindakan langgar lari itu merupakan salah satu cabaran kepada SESB untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna dan melibatkan kerugian ribuan ringgit.
Kerja-kerja senggaraan tiang dan talian elektrik telah dilaksanakan serta-merta dan bekalan dapat dipulihkan 8.40 pagi hari yang sama.
Beliau turut menasihati para pengguna agar menghubungi Hotline 15454 atau 088-515000 sekiranya kawasan mereka mengalami gangguan elektrik.

Ends/Ann

__________________________________________________________________________________________

Kerajaan masih mengkaji kesesuaian tapak bagi merancang sesuatu perkampungan tersusun khususnya melibatkan kawasan lereng bukit.
Justeru, penduduk di kawasan Karamunting yang dijanjikan penempatan itu diharap dapat bersabar memandangkan banyak proses perlu dilalui sebelum kelulusannya dikeluarkan.
Ketua Penerangan Umno Bahagian Sandakan, Abdul Hamid Sabal ditemui di Sandakan sebagai mengulas mengenai penempatan di Jalan Cecily, Sandakan yang dicadangkan sebagai tanah rizab bagi perumahan Kampung Karamunting Baru.
Penempatan itu bertujuan memberi keselesaan kepada mangsa-mangsa kebakaran yang kehilangan tempat tinggal selain memberi manfaat kepada semua pihak khususnya golongan berpendapatan rendah yang amat memerlukan rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin.

ends/dman/stat/Ann

___________________________________________________________________________________________

Warga Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) perlu melakukan transformasi budaya kerja intelek berteraskan kreativiti dan inovasi.
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir berkata, tranformasi yang dilaksanakan bukan sahaja berupaya mencetus perubahan dalam sistem dan prosedur kerja, kaedah serta aplikasi teknologi malah menjadi nilai tambah kepada proses peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan.
Ia sekaligus memberi kepuasan bukan sahaja kepada kakitangan DBKK tetapi juga masyarakat setempat yang menerima perkhidmatan DBKK.
Beliau berucap merasmikan Penutupan Sambutan Hari Inovasi DBKK 2012 bertemakan “Inovasi Budaya Berintelek” di Dewan Mesyuarat DBKK Kota Kinabalu. Turut hadir, Ketua Pengarah DBKK, Datuk Yeo Boon Hai dan Timbalannya, Joannes Solidau.

Ends/sahira/cov/Ann

___________________________________________________________________________________________

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menahan seorang suspek dan merampas dadah jenis syabu seberat 1.5 kilogram yang dianggarkan bernilai hampir 400-ribu ringgit.
Pengarah Kastam Sabah, Dr. Janathan Kandok memberitahu, pada 7.30 malam Ahad lalu, pihaknya telah menahan seorang lelaki warganegara Pakistan dan melakukan pemeriksaan ke atas bagasi suspek di Unit Khas Pemeriksaan Penumpang, Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Hasil pemeriksaan, pihaknya menjumpai satu beg plastik dengan dua paket serbuk kasar yang menyerupai gula.
Dr. Janathan ditemui dalam sidang media di pejabatnya di Kota Kinabalu.
Suspek yang berumur 35 tahun dan fasih berbahasa Melayu itu merupakan seorang peniaga runcit tekstil dan telah berkahwin dengan warga tempatan.
Suspek direman 7 hari untuk siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah berbahaya. Sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati.

Ends/Farizie/AG/Cov/Ann

_________________________________________________________________________________________

Kerjasama bidang pendidikan antara Sabah dan Jepun terus diperkukuh melalui memorandum persefahaman (MoU) antara Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Universiti Kochi.
Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, kerjasama itu tertumpu kepada pertukaran pelajar dalam meneroka potensi industri makanan dan pemakanan antara Sabah dan Jepun.
Beliau berkata demikian dalam majlis menandatangani MoU antara kedua-dua buah universiti terbabit di UMS, Kota Kinabalu. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMS, Profesor Madya Datuk Dr. Hj Kassm Hj Md Mansur.
Dengan kerjasama itu, UMS bukan sahaja dapat melahirkan tenaga kerja yang berdaya saing dalam bidang itu, malah membantu memacu industri tersebut di Sabah.
Beliau berharap MoU itu bukan sahaja dapat mengukuhkan kerjasama dalam bidang tersebut, malah membuka peluang kerjasama dalam bidang lain seperti kejururawatan, kebajikan, kebudayaan dan kemanusiaan.

Ends/Maria/Cov/Ann

___________________________________________________________________________________________

Usaha kerajaan membudayakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) penting demi manfaat rakyat.
Ahli Parlimen Libaran, Datuk Juslie Haji Ajirol berkata, menerusi usaha murni yang dijalankan pihak kerajaan, swasta dan agensi bukan kerajaan berkenaan nilai-nilai kesukarelawan mahupun bantu-membantu dalam kalangan masyarakat dapat digerakkan.
Beliau berucap merasmikan Program CSR dan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Anjuran Politeknik Sandakan, di Sandakan.
Terdahulu, Pengarah Politeknik Sandakan, Mohd Hatta Zainal memberitahu, program tersebut antara lain bagi memberi kesedaran sosial kepada pelajar agar menanam dan mengamalkan semangat perpaduan, persefahaman, permuafakatan dan semangat gotong-royong dengan masyarakat setempat selain berkongsi pengetahuan selaras tema CSR pada tahun ini ‘Transfering Knowledge’.
Program itu membabitkan 120 pelajar daripada beberapa institusi pengajian tinggi awam seluruh negeri.

ends/dman/saziri/cov/Ann

27/11/2012: Berita Ehwal Semasa RTM K. Kinabalu Hari ini.

Disediakan Oleh: MFJA        Disunting oleh: Tika

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah sekali lagi berjaya mematahkan cubaan menyeludup masuk dadah jenis syabu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), Ahad lepas. Kali ini, syabu seberat 1.5 kilogram dengan nilai dianggarkan hampir 400-ribu ringgit dirampas.

Ini merupakan kes kedua bagi tahun ini melibatkan cubaan menyeludup dadah melalui pintu masuk lapangan terbang.

Dalam sidang media di Kota Kinabalu, Pengarah Kastam Sabah, Dr. Janathan Kandok memberitahu, kejayaan itu hasil penahanan seorang lelaki warga Pakistan yang baru tiba dari negara Brunei Darussalam. Hasil pemeriksaan ke atas bagasi suspek ditemui dua bekas plastik berjenama gula keluaran Indonesia.

Suspek yang berumur 35 tahun dan fasih berbahasa Melayu itu merupakan seorang peniaga runcit tekstil telah berkahwin dengan warga tempatan.

Suspek sering berulang-alik ke luar negara kini ditahan reman selama 7 hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 iaitu mengedar dadah berbahaya. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati.
Ends/Farizie/AG/Cov/artika

____________________________________________________________________

Warga Kementerian Kewangan Sabah diingatkan agar tidak mudah berpuas hati dan selesa dengan kejayaan yang dikecapi dalam mengurus perancangan kewangan negeri. Ketua Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Musa Haji Amanmemberi peringatan berkenaan dalam Majlis Malam Kewangan 2012 di Kota Kinabalu malam tadi.

Datuk Musa berkata, mereka perlu melipatgandakan komitment dan kerja keras bagi memastikan kedudukan kewangan negeri dapat dipertahankan dan dipertingkatkan.

Beliau turut memuji budaya kerja berpasukan yang tinggi dan komitmen warga kementerian sehingga membolehkan Kementerian Kewangan menerima pelbagai pengkitirafan dari dalam dan luar negara.

Ini termasuklah penganugerahan “Sijil Tanpa Teguran” atau Clean Bill daripada ketua Audit Negara selama 12 tahun berturut-turut, penarafan AAA daripada RAM Rating Services Berhad dan pensijilan MS-ISO 9001:2008 dari Moody International untuk empat tahun berturut-turut.

Datuk Musa mahu budaya tersebut diteruskan kearah melaksana dan merealisasi semua program yang telah dirancang pada masa-masa akan datang demi kestabilan ekonomi negeri dan negara.
ENDS/NADYA/TAcov/artika

_____________________________________________________________________

Industri hiburan di Sabah menuju fenomena baharu menerusi “Stand Up Comedy” yang dilihat mampu berkembang menjadi produk pelancongan baharu di negeri ini.

Hiburan baharu ini memberi peluang kepada pelawak tempatan untuk menonjolkan bakat masing-masing.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata, selain dapat menjana pendapatan melalui persembahan unik dan tersendiri malah bakat pelawak tempatan dapat diketengahkan sehingga ke peringkat antarabangsa

Beliau berkata demikian dalam sidang media dan penyampaian hadiah pemenang pertandingan ” You So Funny Open Mic Stand Up’ di Kota Kinabalu.

Pemenang yang ditemui mengakui pertandingan tersebut memberi pengalaman baharu sekaligus mengasah bakat komedi semulajadi mereka.

1. Jaco Swanepoel – Juara
(i started to meet joel, he invite me to joint the stand up comedy competetion , that was my first time, yes indeed)

2. Ian Shim – Tempat kedua
(now i feel more confident to be on stage and to fight my fears)

Pemenang tempat pertama menerima hadiah wang tunai sebanyak seribu 500 ringgit, kedua seribu 200 ringgit dan ketiga seribu ringgit.
Ends/Mun/DD/Cov/artika

24/11/2012: Berita Ehwal Semasa, Radio

Disediakan Oleh: MFJA        Disunting oleh: JB

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

Pemanduan 47 jam merentas wilayah Kalimantan Barat dari Pontianak melalui Pangkalan Bun, ke Kalimantan Timur, sejauh kira-kira 500 kilometer, memberi pengalaman tidak dapat dilupakan kepada peserta rombongan Jelajah Borneo 2012.
Ekspedisi disertai 20 buah kenderaan pacuan empat roda bermula dari Tawau pada 11 November itu tiba di Balikpapan, Kalimantan Timur lewat petang Khamis lalu.
Ekspedisi mengelilingi Pulau Borneo yang julung kali diadakan itu masuk hari ke-13 KELMARIN, menempuh laluan kira-kira 12-ribu kilometer, merentas Sabah, Sarawak, Brunei Darussalam serta wilayah Indonesia dan akan berakhir di Tawau pada 30 November ini.
Program Jelajah Borneo itu berujuan memberi peluang kepada peminat dan penggiat aktiviti sukan lasak kenderaan pacuan empat roda merealisasikan aktiviti mencabar dan mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama mengelilingi Borneo.
Para peserta juga dapat memperomosikan Malaysia, khususnya Sabah dan Tawau sebagai destinasi pelancongan dan aktiviti sukan lasak kenderaan pacuan empat roda.
Jurucakap Kelab 4X4 Ekspedisi Ekstrim Tawau, Mohd. Yusuf Ishak yang menyertai program itu ketika di temui Bernama di Kalimantan berkata, mereka tidak mengalami sebarang masalah sepanjang perjalanan.
_____________________________________________________________________

Kebijaksanaan rakyat amat penting untuk menilai sikap dan perbuatan mereka yang terdesak untuk mendapatkan kuasa politik di negara ini.

Ini kerana, pihak yang tidak bertanggungjawab itu sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa mengorbankan kepentingan dan integriti negara. Malah, mereka sanggup mengheret orang asing dan negara asing melibatkan diri dalam proses demokrasi negara.

Demikian ditegaskan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri di ibu negara bagi mengulas perkembangan politik semasa di negara ini.

Beliau mengingatkan rakyat agar tidak terperangkap dengan taktik dakyah songsang, kempen membenci dan janji tinggi melangit pembangkang untuk meracuni fikiran rakyat bagi mendapatkan kuasa politik di negara ini.

____________________________________________________________________

Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) diminta menyelesaikan segera isu penggunaan cakera parabola dalam kalangan individu terutama di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Dr Yee Moh Chai berpendapat, kebebasan mengakses maklumat menerusi perkhidmatan satelit seharusnya dilaksana di negara ini sesuai dengan perkembangan terkini Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT).
Mengikut undang-undang sedia ada, mana-mana pihak yang mahu menggunakan atau memasang satelit parabola perlu mendapatkan lesen dan dalam keadaan tertentu, pengecualian diberikan kepada pengguna parabola di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Menurut Datuk Dr. Yee yang juga Menteri Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat, kementeriannya telah memaklumkan kepada KPKK berhubung perkara tersebut sebelum ini. Namun, belum ada keputusan dibuat berhubung perkara itu.
Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena promosi Ekspo Teknologi dan Usahawan 2012 di Wisma Bandaraya, Kota Kinabalu.
Dalam pada itu, Datuk Dr. Yee memberitahu, kadar penembusan jalur lebar di negeri ini masih belum mencapai sasaran 50 peratus. Usaha sedang dibuat untuk meningkatkan kadar penembusan itu seiring penyediaan infrastruktur asas di kawasan luar bandar.

23/11/2012: Berita Ehwal Semasa RTM KK

Disediakan Oleh: MFJA        Disunting oleh: Any Rozita Mutalib

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TAJUK-TAJUK UTAMA BERITA

* TAHAP KESEDARAN RAKYAT MENGENAI ICT KIAN MENINGKAT

* KESELAMATAN PERAIRAN SABAH TERKAWAL

* PASUKAN SIMPANAN TLDM TETAP RELEVAN

BERITA SEPENUHNYA……….. Teruskan membaca