25/01/2013: Bahan Berita Siaran Sabah FM 4.30 petang

Disediakan Oleh: MFJA Disunting oleh: Radik Taim

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TAJUK-TAJUK UTAMA BERITA……

    *
    JHEAINS DAN JAKIM WAJAR SEDIA PERUNTUKAN KHAS ANJUR PROGRAM KEAGAMAAN DI RTM

    *
    PENUBUHAN SESEBUAH KELAB MAMPU JADI PLATFORM TERBAIK PARA BELIA LIBATKAN DIRI DALAM INDUSTRI SENI

    *
    BELIA YANG MILIKI KEUPAYAN DAN KEMAHIRAN PERLU BERSEDIA JALANKAN TANGGUNGJAWAB

    BERITA SEPENUHNYA………..

    Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Sabah wajar menyediakan peruntukan khas dalam menganjurkan program atau forum keagamaan yang akan disiarkan di Stesen Radio RTM.

    Menurut Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Sri Haji Nasir Tun Sakaran peruntukan khas itu perlu bagi mewujudkan satu program ilmu atau forum keagamaan sama ada disiarkan setiap minggu atau pada hari-hari tertentu yang boleh didedahkan sekaligus dapat menarik minat pendengar.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM selepas menyaksikan Forum Khas Sempena Maulidur Rasul 1434 Hijrah anjuran Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah dengan kerjasama JHEAINS dan JAKIM di Kompleks Bersepadu KPKK Kota Kinabalu yang turut disiarkan secara langsung di Sabah fm bermula 9.15 malam.

    Tegasnya penganjuran program atau forum seumpama ini dilihat mampu menarik lebih ramai pendengar selain menjadi daya tarikan mengenai program ilmu yang boleh dikongsikan kepada semua pendengar Sabah fm.

    Turut hadir pada majlis forum khas itu, Pengarah Penyiaran Sabah, Abdul Jalani Mahmud dan Pengarah JHEAINS, Datuk Haji Amri Suratman.

    /ear/halim/cov-Radik
    __________________________________________________________________

    Penubuhan sesebuah kelab mampu menjadi paltform terbaik kepada belia di negeri ini untuk melibatkan diri dalam industri seni tanah air sama ada secara langsung atau tidak langsung.

    Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun berkata demikian ketika melancarkan Kelab Artis Satu Malaysia Sabah(KA1MS) di Kota Kinabalu.

    Menurut beliau kesungguhan setiap ahli dalam menjayakan apa juga aktiviti mendorong kepada kejayaan sesebuah kelab.

    Datuk Masidi turut mengumumkan peruntukan berjumlah 20-ribu ringgit sebagai dana permulaan kelab tersebut.

    Sementara itu President (KA1MS) Azharina Azhar berkata, kelab yang pertama ditubuhkan ini akan membantu belia-belia berkembang maju, memupuk semangat berpersatuan, dan melibatkan belia-belia dengan aktiviti-aktiviti sihat setiap bulan.

    Bagi memastikan kelancaran kelab ini, pelbagai aktiviti telah disusun atur sepanjang tahun ini. Antaranya Persembahan Teater dari seluruh Negeri Sabah, Sabah Rainforest Music Fiesta, Pertandingan tarian sabah, Konsert Amal KA1MS dan sebagainya.

    /rita/cov-Radik
    ___________________________________________________________________

    Japlin/Belia

    Golongan belia diseru supaya merebut segala peluang yang disediakan kerajaan dalam pelbagai sektor demi kebaikan dan kepentingan masa depan mereka.

    Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Japlin Akim berkata, ini penting kerana banyak peluang terbuka untuk golongan belia yang pasti mampu meningkatkan taraf kehidupan mereka.

    Beliau berucap pada majlis perasmian Program Santai Belia anjuran Puteri Umno Kota Belud di Kampung Jawi Jawi, Kota Belud.

    Datuk Japlin yang juga anggota Dewan Undangan Negeri Usukan berkata golongan belia tidak boleh lari daripada tanggungjawab untuk mewarisi kepimpinan pada masa depan.

    Justeru beliau menyarankan agar golongan tersebut belajar bersungguh-sungguh, tidak lupa untuk bersedia kerana mereka akan menjadi generasi pendukung perjuangan yang akan menentukan nasib negara pada masa depan.

    Jelas beliau belia perlu bersedia kerana apabila tiba masanya untuk menjalankan tanggungjawab itu mereka mesti memiliki keupayaan dan kemahiran.
    \BERNAMA-Radik
    ___________________________________________________________________

    Kementerian Belia dan Sukan diminta agar memperbanyakkan program melibatkan pembangunan dan pemantapan belia menerusi takwim tahunan sebagai persiapan menyediakan pewaris yang tahu, mahir dan bertanggungjawab kepada negara.

    Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, golongan produktif tersebut juga perlu sentiasa dididik dengan nilai kepimpinan, minda positif selain cintakan alam sekitar melalui aktiviti rekreasi dan kesedaran pendidikan di kawasan semula jadi.

    Beliau berucap merasmikan Program 4 dalam 1, Pusat Peranginan Belia di Sangkaliwara, Sungai Pampangon di Salung, Pensiangan.

    Menurutnya, program seumpama juga berupaya mengeratkan silaturahim dan kerjasama di kalangan belia dari pelbagai tempat, berkongsi pengalaman sekaligus membuka minda untuk bergerak lebih maju ke hadapan.

    Tan Sri Joseph Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut menyumbang 20-ribu ringgit untuk keperluan belia Sangkaliwara selain menyampaikan Komputer 1 Malaysia kepada 12 persatuan belia di Pensiangan dan Nabawan yang berdaftar.

    /rb/yon/erm/municca/amat/cov-Radik
    __________________________________________________________________

    Rakyat sewajarnya menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan kerajaan masa kini dalam memastikan kesinambungan proses transformasi negara berjalan lancar.

    Wakil Rakyat Tanjung Batu Datuk Hamisa Samat berkata, pelbagai kemudahan serta sumbangan terus disalurkan kepada rakyat yang menunjukkan betapa kerajaan begitu mengambil berat terhadap keperluan rakyat demi menjamin kehidupan lebih bermakna.

    Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 100-ringgit kepada kira-kira 800 pelajar Sekolah Mengah Umas-Umas Tawau di Dewan Terbuka sekolah berkenaan di Tawau.

    Pada majlis itu, Datuk Hamisa menyarankan Ibu bapa dan penjaga memanfaatkan Bantuan itu dengan membeli barangan keperluan persekolahan.

    Hamisa yang juga Ketua Wanita UMNO Kalabakan menyeru golongan ibu bapa untuk membuktikan sokongan mereka terhadap kerajaan dengan memilih Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 tidak lama lagi.

    /lizadin-emel-Radik
    ___________________________________________________________________

    Usaha barisan pimpinan kerajaan hari ini dalam mengurus kekayaan negara dengan cemerlang meyakinkan pelabur asing melabur di Malaysia termasuklah Sabah.

    Ketua UMNO Bahagian Kota Kinabalu, Datuk Haji Faisyal Y.H.Diego berkata, pelabur asing sanggup melabur berjuta-juta ringgit di Malaysia kerana suasana dan ekonomi yang kondusif. Mereka percaya dan yakin dengan pentadbiran BN dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd.Najib Tun Abd.Razak.

    Beliau berkata demikian semasa merasmikan Ceramah Perdana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api di Kota Kinabalu.

    Datuk Faisyal menegaskan, jika pelabur asing yakin dan percaya dengan kemampuan BN mentadbir negara, maka tidak ada sebab untuk rakyat tidak yakin dan percaya dengan kerajaan dan BN.

    UMNO Kota Kinabalu telah bersiap sedia menghadapi pilihanraya pada bila-bila masa sahaja, kini jentera bahagian tersebut begerak menganjurkan pelbagai aktiviti berjumpa rakyat akar umbi.

    /Kuang/-Radik
    _____________________________________________________________

    Berminat untuk menjadi wartawan penyiaran ?

    Ini peluang baik untuk anda.

    RTM akan mengadakan temuduga terbuka untuk memilih calon wartawan penyiaran bagi unit baharu RTM News Online.

    Pemohon hendaklah memiliki kelulusan sekurang-kurangnya Diploma.

    Menurut kenyataan RTM, temuduga terbuka itu akan diadakan pada 29 Januari 2013 pukul 9-pagi di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan KPKK di Jalan Lintas Kepayan.

    Mereka yang berminat hendaklah membawa bersama dokumen asal dan salinan semasa temuduga tersebut.

    Francis/stt-Radik

    Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s