29/01/2013: Bahan Berita Siaran Sabah FM 4.30 petang

Disediakan Oleh: Muhammad Firdaus Disunting oleh: Busri Tahir

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM SATU MALAYSIA

TAJUK-TAJUK UTAMA BERITA......

****SERAMAI 4-RATUS 46-RIBU 200 PELARIAN DAN PTI DI NEGERI INI DIUSIR KE NEGARA ASAL SEJAK 1990 ****

****546 NELAYAN KAWASAN BELURAN TERIMA ELAUN SARA HIDUP****

****KADAR JENAYAH INDEKS MELIBATKAN JENAYAH KEKERASAN DAN HARTA BENDA CATAT PENURUNAN****

BERITA SEPENUHNYA...........
___________________________________________________________________________________________________

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pendatang Tanpa Izin (PTI) disambung semula HARI INI setelah ditangguhkan 18 Januari lepas.

Menurut saksi kelima yang dipanggil semula untuk memberi keterangan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh, seramai 4 ratus 46 ribu 200 pelarian dan PTI di negeri ini telah diusir ke negara asal sejak 1990 sehingga semalam.

Jumlah tersebut termasuk 870 PTI yang dihantar bulan ini.

Mengenai jumlah PTI yang masih berada di Pusat Tahanan Sementara (PTS) di negeri ini, beliau berkata, ketika ini terdapat 3 ribu 340 PTI di tiga buah PTS, iaitu 683 di PTS Sibuga, Sandakan, Tawau 1 ribu 116 dan 1 ribu 541 di Papar.

Semua operasi dan aktiviti Pasukan Petugas Khas itu melibatkan perbelanjaan lebih 32 juta ringgit.

Sehingga kini, 32 saksi sudah memberi keterangan sejak pendengaran umum dimulakan 14 Januari lepas. Pendengaran umum ini diketuai Bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim Lip Kiong dan 4 anggota lain.

Maria/Cov/artika/busri
_____________________________________________________________________________________________________________

Seramai 546 nelayan dari kawasan Beluran menerima elaun sara hidup sebanyak 200-ringgit seorang di Beluran hari ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dalam ucapan perasmian pada majlis itu berkata jumlah peruntukan keseluruhan bagi pemberian elaun sara hidup nelayan itu berjumlah 109-RIBU 200-ringgit.

Katanya pemberian elaun tersebut merupakan antara usaha dan inisiatif kerajaan untuk membantu masyarakat nelayan di negara ini.

Beliau percaya elaun itu akan menjadi pendorong kepada para nelayan dalam memajukan industri perikanan seterusnya menjamin bekalan makanan negara sentiasa mencukupi.

Teks ucapannya dibacakan anggota Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee.

Menurut Datuk Musa selain elaun itu, nelayan juga menerima bantuan subsidi minyak petrol dan diesel untuk membantu meringankan kos operasi nelayan ke laut. Di samping itu, nelayan juga dibayar wang insentif tangkapan iaitu 10-SEN bagi setiap sekilogram ikan yang ditangkap.

end/busri -- BERNAMA HG HG KLS
_______________________________________________________________________________________________________________

Kadar Jenayah Indeks melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda di Sabah mencatatkan penurunan sebanyak 614-kes kepada 6-ribu 3-kes sepanjang tahun lalu berbanding 6-ribu 617-kes pada tahun 2011.

Turut mencatatkan penurunan adalah kes jenayah jalanan iaitu sebanyak 418-kes berbanding 871-kes pada tahun 2009. Selain itu, kadar jenayah komersial juga menunjukan penurunan sebanyak 48-kes berbanding seribu 191-kes pada 2011.

Demikian dinyatakan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato Hamza Taib ketika berucap sempena Perhimpunan Bulanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Sabah di IPK, Kepayan.

Bagi memastikan kadar jenayah di negeri ini terus mencatatkan penurunan, Dato Hamza berkata PDRM akan terus memperluaskan inisiatif pencegahan jenayah sedia ada selain memberi tumpuan kepada lima elemen Bidang Keberhasilanan Utama Negara (NKRA) 2.0 bagi tahun 2013.

Ia termasuklah mengurangkan jenayah indeks dan kejadian pecah rumah sebanyak 5-peratus, meningkatkan kadar pendakwaan sebanyak 30-peratus, meningkatkan persepsi terhadap keselamatan sebanyak 55-peratus dan meningkatkan kepuasan perkhidmatan PDRM sebanyak 75-peratus.

end/busri (sahira/cov)

______________________________________________________________________________________________________________

Umat Islam disaran agar terus menghayati dan mencontohi kepimpinan Rasulullah S.A.W serta berpegang teguh kepada amalan baginda.

Pembantu Menteri Kewangan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, masyarakat Islam perlu kembali kuat dan berpegang teguh pada ajaran Islam dalam memastikan umatnya terus mengecap kegemilangan.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan sambutan Maulidurrasul di kampung Sungai gading.

Jelas Datuk Tawfiq yang juga wakil Rakyat Apas, iman, akhlak dan amal soleh merupakan tiga unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada struktur pendidikan Islam yang mampu melahirkan manusia agung yang layak dijadikan pedoman dan ikutan umat Islam.

Tambahnya, keluhuran dan kemuliaan akhlak Rasulullah terbukti melalui sifat baginda yang berani, pemurah, adil, benar, amanah, sabar, lapang hati, pemaaf, pengasih dan penyayang.

busri TAMRIN / BETA
_____________________________________________________________________________________________________________

Rakyat di negeri ini diseru supaya jangan cepat berputus asa jika permintaan mereka tidak terlaksana di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman sebaliknya berkata mereka perlu terus menyuarakan keperluan mereka agar kerajaan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya.

Beliau berucap pada majlis ramah mesra bersama pengundi luar kawasan Parlimen Kimanis di Kota Kinabalu.

Datuk Seri Anifah yang juga anggota Parlimen Kimanis turut meminta rakyat di Sabah supaya jangan mendengar hasutan dan janji kosong pembangkang.

Katanya apa yang dirancang pembangkang, termasuk 20 peratus royalti minyak yang dijanjikan, tidak mampu menjadi kenyataan dan boleh menyebabkan negara muflis.

Bagaimanapun, beliau kesal terdapat rakyat, khususnya di luar bandar yang percaya dengan kata-kata pembangkang.

Pada majlis itu beliau turut mengumumkan 50-RIBU ringgit lagi untuk membantu persekolahan anak-anak pengundi luar yang mengundi di Kimanis tetapi tinggal di luar daerah itu.

end/busri -- BERNAMA NAB NAB KLS
______________________________________________________________________________________________________________

Kefahaman tentang konsep wasatiyyah atau kesederhanaan wajar diterapkan di kalangan rakyat khususnya masyarakat Islam sebagai satu langkah untuk meningkatkan perpaduan umat Islam di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Lumadan, Datuk Kamarlin Haji Ombi berkata, sikap segelintir umat Islam yang berpegang kepada pandangan ekstrim sering menyebabkan pertentangan sehingga akhirnya membawa kepada perpecahan.

Beliau berucap merasmikan Sambutan Maulidur Rasul 1434 Hijrah di Beaufort.

Jelasnya melalui pendekatan wasatiyyah, keutuhan perpaduan dan persaudaraan sesama kaum dan agama dapat dapat ditingkatkan. Malah ia juga boleh menambahbaik nilai kualiti kebersamaan dalam negara majmuk yang menjadi pemangkin kepada perpaduan secara keseluruhannya.

Selepas majlis itu, Datuk Kamarlin turut mengunjungi mangsa-mangsa kebakaran 12 unit gerai di kampung Padas Damit yang berlaku pada malam Ahad lepas dan berharap mereka bersabar menerima musibah tersebut.

Ends/busri Rita/Emel

______________________________________________________________________________________________________________

Kerajaan akan memastikan pendidikan di kawasan luar bandar diberi keutamaan dan dilaksanakan secara berkesan dalam usaha melahirkan pelajar cemerlang.

Ahli Parlimen Beluran Datuk Ronald Kiandee berkata, ia sejajar dengan usaha kerajaan untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak di luar bandar bukan sahaja setakat menghantar mereka ke sekolah tetapi juga diberi pendidikan yang berkualiti.

Katanya, ia penting agar pelajar luar bandar mempunyai masa depan yang cemerlang dan dapat membantu keluarga mereka khususnya daripada golongan miskin.

Datuk Ronald berucap pada Majlis Bantuan Awal Persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nangka, Beluran.

Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat mengakui prasarana pendidikan di Parlimen Beluran masih banyak kekurangan dan mengakui perkara itu menjadi keutamaan beliau dalam membangunkan kawasan berkenaan.

Pada majlis itu beliau turut menyampaikan bantuan kepada seramai 163 murid sekolah tersebut.

/busri dman (dman/saziri/cov/beta)

Advertisements

2 responses to “29/01/2013: Bahan Berita Siaran Sabah FM 4.30 petang

  1. hasbullah latiff

    terima kasih mengirimkan kpd saya. semoga berterusan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s