Daily Archives: 10 Februari 2013

10/2/13: 1MALAYSIA , RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA DI SANDAKAN

Ribuan masyarakat pelbagai kaum menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina yang diadakan Parti Liberal Demikratik (LDP) pada hari pertama sambutan itu di Dewan Masyarakat Sandakan.

Yang Dipertua Negeri Tun Haji Juhar Mahiruddin, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Seri Panglima Salleh Tun Said dan menteri Kabinet negeri serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN) antara kenamaan yang hadir pada rumah terbuka itu.

Menyambut ketibaan mereka, Presiden Datuk V.K Liew serta pemipin-pemimpin tertinggi parti itu.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian singa yang merupakan acara tradisi setiap kali sambutan Tahun Baru Cina.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin turut mengadakan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Sandakan.

~Rtka (salma/saziri/cov)

-re

Advertisements

10/2/13: KLINIK BOT BERGERAK 1MALAYSIA UNTUK DAERAH KINABATANGAN

Lebih 22 ribu penduduk di 44 buah kampung sekitar Kinabatangan akan mendapat manfaat daripada pewujudan Klinik Bot Bergerak 1Malaysia (KBB1M), tahun ini.

Klinik Bot Bergerak itu mampu memberi perkhidmatan kesihatan dan rawatan kepada penduduk sepanjang Sungai Kinabatangan termasuk melalukan pembedahan kecil.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pelaksanaan KBB1M selari dengan usaha kerajaan meningkatkan tahap kesihatan rakyat terutamanya di luar bandar.

Datuk Rosnah menyatakan demikian kepada RTM di Kota Kinabalu.

Terdapat 21 pasukan klinik bergerak di seluruh Sabah yang memberi perkhidmatan di 163 buah kampung.

~Rtka (nh/cov)

-re

10/2/13: PITAS BERUBAH WAJAH

Daerah Pitas yang dahulunya dikategorikan sebagai daerah kedua termiskin di Malaysia kini berubah wajah dengan pelbagai pembangunan.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Pitas, Datuk Bolkiah Haji Ismail, hasil keprihatinan kerajaan sejumlah 510-juta ringgit dibelanjakan ke arah memperkasa prasarana di Pitas. Ini termasuklah pembinaan 12 jalan raya utama dan bekalan elektrik ke seluruh daerah.

Datuk Bolkiah berkata demikian kepada Pemberita RTM di Pitas.

Selain itu, penduduk Pitas turut dilibatkan dalam projek agropolitan seluas 10-ribu hektar. Ketika ini, hampir 4-ribu hektar tanaman getah membuahkan hasil dengan peserta memperolehi pendapatan sehingga 2-ribu 500 ringgit sebulan.

Beliau memberi jaminan daerah Pitas akan terus dibangunkan setanding daerah lain di Sabah.

~Rtka (AN/COV)

-re

10/2/13: BUDAYA WARISAN WAJAR DIKEKALKAN

Rakyat negeri ini khususnya generasi muda perlu mengekalkan budaya warisan terdahulu agar tidak pupus ditelan zaman.

Pembantu Menteri kewangan Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, keunikan budaya masyarakat tempatan seperti tarian dan adat istiadat wajar dikekalkan agar dapat dinikmati generasi seterusnya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Tarian Zapin Borneo di Dataran Majlis Perbandaran Tawau yang dihadiri lebih 3-ribu orang.

Datuk Tawfiq yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Apas berkata, warisan budaya terdahulu juga mampu mengamit kehadiran pelancong ke negeri ini berikutan keistimewaan budaya tempatan.

~Rtka (TAMRIN/cov)

-re

10/2/2013: TENGHILAN ALAMI PEMBANGUNAN KETARA

Tenghilan yang terletak dalam daerah Tamparuli kini mengalami pembangunan ketara khususnya dari segi kemudahan asas.

Pemimpin kemajuan Rakyat Tamparuli, Jefferson Jonathan berkata, kawasan berkenaan kini dilengkapi pelbagai kemudahan asas. Ini termasuklah pembinaan dan penaiktarafan jalan-jalan kampung, penyaluran bekalan elektrik dan air, pembinaan pasar baru serta dewan serbaguna yang memberi keselesaan kepada penduduk setempat.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Tenghilan.

Jefferson berkata, satu lagi projek baharu yang akan dibina di kawasan tersebut ialah Blok Kedai Baharu termasuklah penyediaan tempat letak kereta yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

~Rtka (sheryl/int)

-re

10/2/13: KEJOHANAN AKUATIK, GIMRAMA, KRIKET DAN MEMANAH PERINGKAT MSS SABAH 2013, 16-19 FEBRUARI

Para atlet dari 6 bahagian iaitu Barat, Sandakan, Pedalaman, Utara, Selatan dan Tenggara akan berkumpul bagi menyertai Kejohanan Akuatik, Gimrama, Kriket dan Memanah peringkat Majlis Sukan Sekolah (MSS) Sabah 2013.

Kejohanan tersebut akan diadakan bermula 16 hingga 19 Februari 2013 di Pusat Akuatik, Dewan Gimrama, Padang C dan D serta Padang Sukma Kompleks Sukan Likas.

Menurut kenyataan media pihak penganjur di Kota Kinabalu, kejohanan tersebut memberi peluang kepada semua atlit menyertai acara sukan bersesuaian dengan konsep “Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan”.

Kejohanan berkenaan juga sebagai landasan pemilihan atlit MSS Sabah ke kejohanan sukan peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada akhir Mac ini di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

~Rtka (artika/st)

-re