Daily Archives: 14 Februari 2013

14/02/2013: Perdana Menteri luluskan pembesaran Jalan Papar-Lok Kawi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan pembesaran Jalan Papar-Lok Kawi, yang berkuatkuasa serta-merta.

Dato Seri Najib mengumumkan demikian dalam Majlis Pemimpin bersama Rakyat di Padang Pekan Papar.

Projek tersebut yang melibatkan peruntukan besar akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat.

Sementara itu, dalam ucapannya pemimpin nombor satu negara itu mahu rakyat menolak pihak yang hanya tahu bermain janji.

Sehubungan itu, Dato Seri Najib mahu rakyat menetapkan pendirian menyokong BN demi memastikan rakyat terus menikmati pembangunan.

Pada majlis tersebut Dato Najib turut menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) Program Perumahan Rakyat (PPR), 1Azam Pertanian dan Ko-Nelayan.

busri salma/nadya/cov                                                                         ~mfja~

Advertisements

14/02/2013: Turun padang kotakan janji bertemu rakyat bukan pengukur pilihanraya semakin hampir.

SEMENTARA ITU,

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kunjungan beliau ke beberapa buah negeri adalah sebagai mengotakan janji, turun padang bertemu dengan rakyat dan bukannya menjadi pengukur pilihanraya semakin hampir.

Katanya, kesempatan itu juga bagi membolehkan beliau menerangkan pelbagai isu serta hala tuju pembangunan dan pencapaian negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan demikian dalam sidang media di Papar selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Warga Papar.

Datuk Seri Najib juga menjelaskan pilihanraya akan diadakan sebaik sahaja semua pihak benar-benar sedia.

Mengulas mengenai senarai nama calon BN yang akan bertanding dalam pilihanraya umum nanti, Datuk Najib berkata, senarai calon BN kini hampir selesai, dengan hanya beberapa perkara seperti verifikasi latarbelakang dan keselamatan diambil kira, sebelum memuktamadkan senarai.

 busri (salma/cov)                                                                             ~mfja~

14/02/2013: Pastikan pembangunan dan kemajuan dikecapi berterusan.

Penduduk tempatan Daerah Papar sekali lagi diingatkan untuk bijak memilih kerajaan dalam Pilihanraya Umum 13 (PRU 13) yang akan datang.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata penduduk Papar perlu memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) sekali lagi di Parlimen Papar, Dun Kawang dan Dun Pantai Manis bagi memastikan pembangunan dan kemajuan yang dikecapi sekarang akan berterusan.

Datuk Musa berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar.

Tambahnya, dibawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, negeri ini dan Papar khususnya telah mengalami perubahan pesat melalui pelbagai peruntukan yang telah disalurkan kerajaan pusat termasuk 23.2 billion ringgit dibawah RMK10.

Kira-kira 30-RIBU penduduk tempatan hadir pada majlis tersebut yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ends/busri nadya/salma/AG/HA                                                          ~mfja~

14/02/2013: Kerajaan memperuntukkan 23.2 billion ringgit laksana projek RMK10.

Terdahulu ketika berucap pada Majlis Bersama Rakyat di Pekan Beaufort, Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman mengumumkan kerajaan pusat telah memperuntukkan sejumlah 23.2 billion ringgit dalam Rancangan Malaysia ke 10 (RMK 10) bagi melaksanakan pelbagai projek di Sabah berbanding 7 billion ringgit tahun lalu.

Katanya peruntukan besar itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan pusat kepada Negeri Sabah.

Sehubungan itu,rakyat di negeri ini diajak menilai kepimpinan kerajaan sedia ada khususnya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang selama ini banyak mengharumkan nama negara di mata dunia.

Datuk Musa juga mahu pada rakyat bijak memilih kepimpinan dan tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pihak pembangkang demi generasi dan masa depan negara.

busri (Jane/id\ay\aj\cov)                                                                 ~mfja~

14/02/2013: Polis rampas 75-paket dadah jenis syabu.

Polis berjaya merampas 75-paket dadah jenis syabu seberat 78.98 kilogram di sebuah Apartment di Kelombong, Inanam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, hasil serbuan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman bersama Kontinjen Sabah itu, turut merampas peralatan untuk memproses syabu, dua buah kereta mewah, wang tunai 32-ribu Ringgit Malaysia dan 28-ribu mata wang Hongkong.

13-lelaki termasuk 3-warga Hong Kong berumur antara 32 hingga 40 tahun yang menjadi dalang sindiket itu turut ditangkap dalam serbuan berkenaan.

Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata demikian dalam sidang media di IPD, Kota Kinabalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Dadah Berbahaya Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985.

Di bawah Akta Perlucutan Harta, polis juga akan menyita harta hasil sindiket berkenaan seperti rumah, premis dan wang yang disimpan dalam bank.

busri (sahira/cov)                                                                                            ~mfja~

14/02/2013: Kota Marudu Terus Menyumbang Sektor Pertanian dan Perladangan.

Kota Marudu akan terus menjadikan sektor pertanian dan perladangan sebagai sumber ekonomi utama khususnya dalam bidang penanaman padi, getah, kelapa sawit dan tanaman jangka pendek lain.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata usaha itu mampu mempercepatkan lagi proses transformasi ekonomi sekaligus menjadikan Kota Marudu hub ekonomi utama di bahagian utara Sabah.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Tamu Peladang Tandek dan Penyerahan Bantuan Input Pertanian di Pekan Tandek.

Menurutnya, sejak 2010 sebanyak 2.97 juta ringgit disalurkan bagi projek-projek kecil pertanian selain peruntukan sebanyak 2.53-juta ringgit bagi membaikpulih 211-buah rumah nelayan.

Menurut Datuk Dr Maximus yang juga Pengerusi Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP), penternakan burung walit juga turut dikenalpasti berpotensi tinggi dan sesuai dilaksanakan.

 busri ear/rg/cov                                                                                        ~mfja~

14/02/2013: Transformasi Pendidikan Berupaya Majukan Negara Menjelang 2020

Pendidikan merupakan pelaburan jangka panjang yang mampu mengubah kehidupan diri dan keluarga selain menjadi agenda utama kerajaaan untuk mencapai negara maju.

 Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar berkata, usaha menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 tidak akan tercapai jika transformasi dalam bidang pendidikan dan modal insan tidak dilakukan sebaiknya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyampaian Bantuan Peralatan Sekolah kepada pelajar Tahun 1, Zon-5 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Tenom di Tenom.

Tambahnya, kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang besar dalam bidang pendidikan dan ia perlu disokong semua pihak bagi merealisasikan hasrat tersebut.

 Ends/busri rb/Hacks/Int                                                                       ~mfja~