Daily Archives: 23 Februari 2013

23/2/13: RM10 Juta Baikpulih Sekolah-Sekolah Di Daerah Pensiangan

Kementerian Pelajaran meluluskan peruntukan 10-juta ringgit khusus untuk membaikpulih sekolah-sekolah di daerah Pensiangan.

Perkara ini diumumkan Menterinya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhiyiddin Yassin pada Program Sepagi Bersama Timbalan Perdana Menteri di Padang Awam, Nabawan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin, kelulusan segera itu dibuat selepas menerima laporan mengenai sekolah-sekolah uzur dan kurang kemudahan di kawasan berkenaan. Teruskan membaca

Advertisements

23/2/13: Tahap Sosio Ekonomi Rakyat Menjadi Keutamaan

Kerajaan Negeri tidak pernah menyusahkan rakyat sebaliknya berusaha memperbaiki tahap sosio ekonomi mereka.

Buktinya, kemudahan seperti bekalan air, elektrik dan jalan raya terus dipergiat sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata kemudahan jalan raya menjadi fokus utama kerana ia penting untuk meningkatkan tahap sosio-ekonomi rakyat. Teruskan membaca

23/2/13: Golongan Pendidik Perlu Kuasai Pelbagai Ilmu

Warga pendidik berperanan penting memastikan golongan muda kini menjadi generasi berilmu dan berdaya saing.

Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhiddin Yassin berkata ke arah itu golongan pendidik perlu terlebih dahulu menguasai pelbagai ilmu dan berwibawa.

Ia sebagai langkah melahirkan modal insan berkemahiran tinggi sekaligus menjadi penentu kejayaan menjadi negara maju. Teruskan membaca

23/2/13: Guru Perlu Komited Realisasikan Pembangunan Pendidikan

Kerajaan negeri sentiasa menyokong dan membantu melaksanakan pelan pembangunan pendidikan yang dirancang kerajaan persekutuan dalam meningkatkan tahap profesionalisme keguruan di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, setiap guru perlu memainkan peranan terus berkhidmat dan komited dalam merealisasikan agenda pembangunan pendidikan di Malaysia. Teruskan membaca

23/2/13: 17 Ribu Pelajar UMS Terima Baucer Buku 1 Malaysia

Lebih 17-ribu pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima Baucer Buku 1 Malaysia.

Gimik penyerahan baucer berkenaan disempurnakan Menteri Luar, Datuk Sri Anifah Aman di Dewan Kuliah Pusat Ke-2, UMS, Kota Kinabalu.

Menurut Datuk Anifah, pemberian baucer berkenaan menunjukkan kerajaan amat serius dalam hal ehwal pendidikan rakyat. Teruskan membaca

23/2/13: 136 Kes Kusta, Sabah Tertinggi

Masyarakat diminta tampil membantu usaha mengawal dan membasmi penyakit kusta. Sokongan berterusan juga perlu diberikan kepada pesakit supaya mereka bermotivasi untuk mengikuti rawatan.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri, Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kes penyakit kusta di seluruh dunia menurun berikutan wujud kerjasama program kawalan di peringkat dunia dan kebangsaan. Teruskan membaca