Monthly Archives: Mac 2013

31/3/13: Pusat Pemeriksaan ICQS Akan Beroperasi Di ESSCOM Selasa Ini

Tiga pusat pemeriksaan Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) akan beroperasi di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mulai Selasa ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tiga pejabat sementara yang diwujudkan itu akan beroperasi di Lahad Datu, Kudat dan Pos Kawalan Imigresen Bersepadu Kerakit, Pulau Banggi.
Beliau menyatakan demikian kepada media selepas melawat tapak ICQS Lahad Datu.
14 pegawai akan ditempatkan sementara di setiap ICQS dan pos kawalan yang turut dianggotai unit Risikan dan penguatkuasaan Jabatan Imigresen.
Inisiatif mewujudkan ICQS dan pos kawalan adalah sebagai satu daripada langkah mengetatkan kawalan setempat di pantai timur Sabah.
Selain itu ia bagi memberi kemudahan laluan masuk kepada warga asing dari perairan pantai timur yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah menggunakan laluan yang diwartakan.

~Donny (Bernama/Cov)

[mdre]

Advertisements

31/3/13: Tindakan Pasukian Keselamatan Mempertahankan Kedaulatan Negara Harus Dihargai

Sementara itu, ketika melawat Pusat Penempatan Sementara di Dewan Cenderawasih, Felda Sahabat, Datuk Hishamudin mengajak penduduk yang terjejas dalam insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu agar mempertahankan tindakan pasukan keselamatan menghapuskan musuh negara itu.
Malah katanya, penduduk yang terlibat wajar menolak tindakan pembangkang yang memperlekehkan pasukan keselamatan dan pemimpin negara dengan pelbagai tohmahan berhubung insiden tersebut.
Ini termasuklah menyifatkan insiden pencerobohan itu sebagai sandiwara Umno dan Barisan Nasional.
Dalam sidang medianya, Datuk Hishamudin berkata, meskipun Op Daulat berjalan lancar, namun lebih penting ialah perancangan masa depan.

~Donny (ID/cov)

[mdre]

31/3/13 : Komitmen Dan Sumbangan Masyarakat Cina Kukuhkan Perpaduan Dihargai

Kerajaan negeri sentiasa menghargai komitmen dan sumbangan masyarakat Cina dalam mengukuhkan perpaduan dan keharmonian kaum selaras Gagasan 1Malaysia.
Sehubungan itu, masyarakat Tiong Hua diajak terus bersama-sama menjaga dan menentukan kestabilan politik serta kemajuan ekonomi untuk manfaat bersama.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menyatakan demikian pada Makan Malam Muhibbah sempena perayaan sembahyang dan perarakan Dewa Cina peringkat negeri di Tuaran.
Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Edward Khoo.
Datuk Musa turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengabaikan mana-mana kaum di negeri ini termasuk masyarakat Cina.
Ini terbukti apabila kerajaan menyalurkan peruntukan setiap tahun kepada badan-badan keagamaan bukan Islam termasuklah tokong-tokong dan sekolah-sekolah cina di negeri ini.

~Donny (Ear/cov)

[mdre]

31/3/13: Program Penjaja 1 Malaysia (PP1M) Di Sabah Terima Peruntukan 275 Ribu Ringgit

Sabah menerima peruntukan 275-ribu ringgit bagi menaiktaraf premis perniagaan sedia ada di bawah program Penjaja 1Malaysia (P-P-1M).
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Haji Hajiji Haji Noor berkata, program itu merupakan inisiatif kerajaan mentransformasikan premis-premis perniagaan agar lebih teratur, bersih, selamat dan kondusif.
Berucap merasmikan program berkenaan di Kota Kinabalu, Datuk Haji Hajiji berkata, P-P-1M dapat membantu penjaja dan peniaga kecil meningkatkan pendapatan mereka.
Beliau berharap segala kemudahan yang disediakan itu dapat dimanfaatkan dalam usaha kerajaan membangunkan masyarakat peniaga.

~Donny (Salleh/cov)

[mdre]

31/3/13: Rakyat Memerlukan Pemimpin Yang Bijak Mentadbir Dan Menjaga Kepentingan Rakyat

Tindakan menukar kerajaan yang mempunyai rekod cemerlang dalam membawa kemajuan dan pembangunan akan merugikan negara dan rakyat.
Malah rakyat tidak seharusnya memperjudikan masa depan dengan memilih kerajaan baru yang belum pasti mampu mentadbir dengan baik seperti yang dibuktikan kerajaan Barisan Nasional sejak negara mencapai kemerdekaan.
Demikian tegas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd. Dun pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Beaufort di Kuala Penyu.
Kerajaan yang ada sekarang katanya mempunyai rekod cemerlang.
Selain berjaya membangunkan negara, kebajikan rakyat tanpa mengira kaum turut dijaga.
Tambahnya, rakyat memerlukan pemimpin yang bijak mentadbir dan menjaga kepentingan rakyat.

~Donny (Donny/Stat)

[mdre]

31/3/13: 5 Kategori Dipertandingkan Di RT Bukit Permai Mountain Bike Challenge ke-3, 2013

Aktiviti sukan merupakan wadah bagi mengukuhkan semangat perpaduan yang sedia wujud dalam komuniti.
Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sabah, Nurul Akmalina Haji Samsudin berkata, aktiviti bersukan juga dapat menguji ketahanan mental dan fizikal bagi mereka yang menyertai aktiviti itu.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri RT Bukit Permai Mountain Bike Challenge ke-3, 2013 di Bukit Permai Menggatal.
Sebanyak 5 kategori dipertandingkan tahun ini iaitu Lelaki Elit Terbuka, Lelaki Terbuka, Lelaki Master, Lelaki Junior dan Wanita terbuka.
Pertandingan yang masuk edisi ketiga sejak diperkenalkan pada 2010 itu turut terbuka kepada peserta antarabangsa.

Mun/Fa/Cov

[mdre]

31/3/13: Belia Perlu Bijak Menilai

Generasi muda diingatkan supaya tidak menjadi alat kepada pihak pembangkang bagi memenuhi impian dan cita-cita mereka.
Nasihat itu dilontarkan Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional (BN) Beaufortm Isnin Haji Aliasnih pada taklimat Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) di Beaufort.
Katanya, pembangkang tidak melihat belia sebagai generasi yang perlu digilap mengikut kemahiran yang mereka miliki tetapi hanya sebagai alat untuk dipergunakan.
Sebaliknya beliau berkata, Barisan Nasional melihat generasi muda sebagai aset penting yang perlu digilap dan diasah kemahirannya.
Beliau berharap generasi muda boleh membuat penilaian sendiri apa yang dilakukan BN dan pembangkang.

~Donny (Donny/Stat)

[mdre]