20/03/2012: Kutipan tabung Perwira Lahad Datu dilancarkan di Keningau.

Pelbagai pihak di negeri ini terus prihatin dengan nasib perwira-perwira negara yang terlibat dalam mengawal pencerobohan pengganas di Lahad Datu. Di Keningau, Majlis Daerah Keningau (MDK) melancarkan kutipan Tabung Pewira Lahad Datu di lobi bangunan berkenaan.

Pelancaran kutipan tabung Pewira Lahad Datu itu dilancarkan oleh Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Keningau Mohd Rafik Haji Jubar.

Bercakap kepada media selepas melancarkan tabung itu Rafik berkata, tabung itu dilancarkan diperingkat MDK atas kesedaran dikalangan pegawai dan staf MDK di sini untuk sama-sama membantu pewira-pewira yang terlibat dalam mengawal insiden percerobohan pengganas di Lahad Datu.

Rafik berkata, semangat setiakawan dan semangat kenegaraan juga dikalangan pegawai dan staf MDK di sini mendorong kepada pelancaran tabung Pewira Lahad Datu.

Tambahnya, sekurang-kurangnya sumbangan yang diberikan dapat meringankan beban keluarga pewira-pewira yang terkorban dan cedera.

Beliau berkata, sumbangan yang terkumpul dari pegawai dan staf serta rakan-rakan yang ada kaitan dengan MDK akan diserahkan pada 30 Mac ini dalam satu majlis pelancaran tabung Pewira Lahad Datu yang dijangka akan dilancarkan oleh salah seorang pemimpin tempatan di daerah itu.

Ends/Hacks/MA-Cov-FA-Radik        ~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s