Daily Archives: 25 April 2013

25/04/2013: Rakyat dinasihatkan agar tidak tertipu dengan helah calon Bebas…

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menasihatkan rakyat di negeri itu agar tidak tertipu dengan helah calon Bebas yang mendakwa mereka menyokong Barisan Nasional (BN). Teruskan membaca

25/04/2013: Jalan raya baharu sejauh 82-kilometer yang menghubungkan Ranau-Kota Kinabalu dinantikan…

Projek pembinaan jalan raya baharu sejauh 82-kilometer yang menghubungkan Ranau-Kota Kinabalu amat dinanti-nantikan penduduk setempat. Teruskan membaca

25/04/2013: Ahli Majlis Pimpinan PKR Sabah sepakat sertai UMNO…

Lagi ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak keluar parti. Teruskan membaca

25/04/2013/: 3,642 peserta telah mengikuti Program 1Azam sejak diperkenal 2011 lalu…

Seramai 3 ribu 642 peserta di negeri ini telah mengikuti Program 1Azam sejak diperkenalkan pada tahun 2011. Teruskan membaca

25/4/2013 : Pembinaan Jambatan Kampung Sum-Sum Mudahkan Penduduk berulang Ali Ke Pekan Semporna

Pembinaan jambatan konkrit Kampung Sum-Sum di Semporna akan memudahkan penduduk kampung berulang-alik dari tanah besar ke Pulau Bum-Bum.

Menurut Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, jambatan sepanjang 825 meter, yang siap dibina pada 21 Febuari lepas, juga membantu penduduk kampung untuk melaksanakan urusan harian dan membeli barang keperluan serta memudahkan pelajar sekolah berulang-alik ke sekolah masing- masing.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas merasmikan jambatan bernilai 1.15 juta itu di Semporna.

Datuk Seri Shafie yang juga penyandang dan calon BN bagi kerusi Parlimen Semporna menjelaskan jambatan itu memberi manfaat kepada beberapa kampung termasuk Kampung Sum-Sum, Tongkaloh, Terusan dan Timbayan.

Rtka/Rtka (id/cov/bernama)

25/4/2013 : Regatta Lepa Semporna, 25 & 26 April 2013

Sementara itu, ketika melancarkan Program Kepimpinan Keluarga dan Masyarakat Dalam Perspektif Warisan Budaya Lepa, di Semporna, Datuk Seri Shafie menyatakan, sambutan Regata Lepa Semporna akan diadakan selama dua hari bermula HARI INI.

Pelbagai acara kebudayaan disediakan bagi menyambut kedatangan pengunjung dan pelancong ke daerah berkenaan. Ini termasuklah persembahan pentas artis-artis tempatan, acara sukan, pertandingan ratu lepa dan acara kemuncak perarakan regata lepa.

Menurutnya, Pelancaran sambutan tersebut dijangka disempurnakan Yang DiPertua Negeri Tun Haji Juhar Bin Haji Mahiruddin.

Rtka/Rtka (id/cov)

25/4/2013 : Projek Jalan Raya Baharu Ranau-Kota Kinabalu Akan Menjadi Kenyataan

Projek pembinaan jalan raya baharu sejauh 82-kilometer yang menghubungkan Ranau-Kota Kinabalu amat dinanti-nantikan penduduk setempat.

Ini kerana, Jalan Tamparuli – Ranau sedia ada yang dibina pada tahun 1960’an merupakan satu-satunya jalan yang menghubungkan penduduk Ranau dengan ibu negeri.

Mengulas projek berkenaan di Ranau, Menteri Pelancong, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun yang juga penyandang dan Calon BN bagi kerusi DUN Karanaan berkata, sekiranya menjadi kenyataan, penduduk akan dapat menikmati hubungan jalan raya yang lebih baik sekaligus memudahkan penerokaan tanah pertanian di sepanjang jalan baharu tersebut.

Pengumuman projek itu dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri NajibTun Razak, baru-baru ini.

Pembinaan jalan raya baharu tersebut yang bernilai hampir 400 juta ringgit dijangka akan dimulakan tahun depan.

Rtka/Rtka (NADYA/cov)