Daily Archives: 26 April 2013

26/4/2013 : Lagi 600 Ahli PKR Libaran Termasuk Pemimpin Tertingginya Sertai BN

Pembangkang menerima tamparan lagi apabila hampir 600 orang ahli PKR keluar daripada parti tersebut dan berikrar menyokong Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum Ke-13 ini.

Majlis yang berlangsung di kediaman Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji di Sandakan itu diketuai oleh Ketua Penerangan PKR Cabang Libaran, Mohammad Miruddin. Kesemua mereka yang keluar parti itu berikrar akan berkerja dan menyokong untuk memenangkan ketiga tiga calon dalam Parlimen Libaran termasuk dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Sungai Sibuga dan Gum Gum.

Datuk Musa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri dalam ucapannya pada Majlis itu berkata kemasukan beramai-ramai ahli Pembangkang itu membuktikan kelemahan para pemimpin PKR dalam mentadbir parti tersebut. Ini berbeza dengan Barisan Nasional yang bukan sahaja cekap dalam pengurusannya, malah sedia mengotakan janji janji yang dibuat.

Tindakan keluar parti oleh pemimpin dan ahli ahli pembangkang sejak akhir akhir ini menunjukkan Barisan Nasional mempunyai harapan cerah pada 5 Mei ini.

Hoh-Radik

26/4/2013: Kerajaan Tidak Mengabaikan Hak Setiap Kaum Di Negeri Ini

Kerajaan tidak pernah DAN tidak akan mengabaikan hak setiap KAUM di negeri ini. Setiap dasar yang diperkenalkan memberi manfaat kepada semua kaum tanpa mengira fahaman agama dan kebudayaan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata fakta ini tidak dapat dipertikaikan kerana Kerajaan sedia ada sentiasa mengamalkan konsep keadilan dan kesaksamaan.
Katanya, meskipun ada di antara dasar dasar yang diperkenalkan hanya memihak kepada satu satu kaum secara mutlak, namun limpahan daripada dasar tersebut dinikmati oleh kaum lain.
Datuk Musa berkata demikian dalam Majlis Perjumpaan dengan ketua ketua dan Masyarakat Bugis di Sandakan. Beliau memberi jaminan Kerajaan akan terus membela rakyat seadil-adilnya.
Katanya, rancangan pembangunan yang telah dan sedang dilaksanakan pada masa ini berada dilandasan yang tepat dan memenuhi aspirasi rakyat.
Presiden Persatuan Masyarakat Bugis Sabah, Datuk Osman Jamal turut berucap dalam majlis itu. Menurut beliau Kerajaan telah membuktikan komitmennya dengan memberi keselesaan kepad semua kaum. Jestru, beliau menasihatkan masyarakat Bugis berkerjasama dan memberi sokongan padu kepada Kerajaan bagi memastikan setiap pembangunan yang dirancang berjalan lancar.
Beliau juga melahirkan rasa gembira dan terima kasih kepada Kerajaan yang telah banyak membantu masyarakat tersebut dalam pelbagai bidang.

Hoh-Radik

26/4/2013 : Nilai Budi Dan Bahasa Menjadi Ukuran Untuk Memilih Pemimpin

Nilai budi dan bahasa harus menjadi antara pertimbangan utama dalam pemilihan seseorang pemimpin negara. Asasnya, pemimpin yang memiliki budi bahasa yang tinggi mampu membawa negara ke tahap lebih baik.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim menjelaskan kualiti kepimpinan seseorang dapat dilihat menerusi nilai-nilai murni dan keperibadiannya.

Beliau berucap sempena Majlis Perjumpaan bersama Warga Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Sabah di Kota Kinabalu.

Sehubungan itu, Datuk Dr Rais mengajak rakyat agar menilai dan memilih pemimpin yang tepat dan layak memegang tampuk pemerintahan negara.

Datuk Dr Rais turut mengajak seluruh warga KPKK meneruskan perjuangan memperteguh kerajaan sedia ada yang telah membuktikan keupayaannya menerusi pelbagai pencapaian cemerlang negara.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPKK, Datuk Kamaruddin Siaraf, Timbalan Ketua Setiausaha kementerian, ketua-ketua jabatan dan agensi bawah KPKK, pegawai dan kakitangan KPKK Sabah.

alizaali/FA/Cov.

26/4/2013 : Sokongan Rakyat Khususnya Di Pedalaman Terhadap Kerajaan Terus Meningkat

Sokongan rakyat terhadap kerajaan khususnya di Pedalaman terus meningkat.
Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sokongan itu jelas dilihat apabila beliau turun padang melawat dan mendengar sendiri pandangan mereka.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Jerayawara, Yayasan Sabah Bersama Rakyat di Tapak Tamu Pisompuruan Square di Tambunan. Beliau hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman.
Sementara itu dalam ucapan perasmian, Tan Sri Pairin menyeru rakyat agar memberi sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak dan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Haji Aman.
Katanya, kemampuan kerajaan dalam menangani pencerobohan pengganas di Lahad Datu jelas membuktikan komitmen dan kesungguhan kerajaan dalam mendaulatkan negara.
Tambahnya, keikhlasan kerajaan dalam menangani pendatang asing tanpa izin turut terbukti apabila Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan selain kelulusan peruntukan yang besar bagi melaksakan pembangunan infrastruktur di negeri ini.

RB/JG/Cov-Radik

26/4/2013 : Sokongan Padu Rakyat Memberi Impak Kepada Kemajuan Dan Pembangunan Ekonomi Negara

Kemajuan dan pembangunan ekonomi yang dinikmati ketika ini merupakan hasil usaha, amanah, dan tanggungjawab berwawasan serta pandangan jauh kepimpinan negara, bagaimanapun tanpa sokongan padu rakyat yang mahukan negara terus maju dan makmur, usaha berkenaan pasti tidak dapat dilaksanakan.

Demikian dinyatakan Exco Penerangan Negeri Datuk Sapawi Haji Ahmad kepada pemberita RTM selepas Majlis Perasmian Masjid Kampung Luagan di Sipitang.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tambahan manifesto “Aku Janji” BN yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siri lawatan dua hari Perdana Menteri itu ke Sabah baru-baru ini.

Datuk Sapawi yang juga calon BN Parlimen Sipitang menjelaskan, manifesto Aku Janji BN pada Pilihan Raya (PRU13) kali ini terbukti lebih menjurus kearah agenda pembangunan negara.

Bagi meneruskan segala usaha tersebut rakyat wajar mempertahankan dasar berkenaan dengan memberi mandat sepenuhnya kepada kerajaan sedia ada untuk kembali menerajui pemerintahan negara.

ear/zf/cov-Radik

26/4/2013 : Lebih 5-Ratus Unit Rumah Mamp Milik Akan Dibina Di Putatan

Lebih 5-ratus unit rumah mampu milik dibina di Putatan bukti kejayaan program tranformasi negara beri keutamaan dan keselesaan kepada rakyat.

Projek perumahan dibawah kendalian Jabatan Perumahan Negara Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Malaysia tersebut dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2015.

Bendahari Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Datuk Marcus Mojigoh menjelaskan kebajikan dan keperluan rakyat harus diperlihara bagi memastikan nasib mereka sentiasa dibela dan tidak dipinggirkan.

Beliau yang juga Calon Parlimen Putatan berkata, projek perumahan mampu milik tersebut sekaligus akan dapat mengurangkan masalah pewujudan rumah-rumah setinggan, penjualan tanah dan mendirikan rumah diatas tanah kerajaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis bersama rakyat di Kampung Kapazan Putatan.

sjk/dasni/cov.-Radik

26/4/2013: 1,506 Pegawai Dan Anggota Polis Berdaftar Sebagai Pengundi Pos, Mula Mengundi Hari Ini

Seramai 588-pegawai dan anggota polis Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah mengundi secara pos pada Pilihanraya Umum ke-13 (PRU-13) HARI INI.

Jurucakap Polis bagi PRU-13 (IPK) Sabah, Superintenden Azhar Hamin berkata jumlah ini hanya melibatkan polis yang menjadi petugas luar semasa PRU-13.

Beliau berkata pada sidang media di dewan Pulapol di IPK Sabah.

Sementara itu, beberapa anggota polis yang buat pertama kalinya mengundi amat teruja dengan pengalaman baru ini.

Antara yang ditemui pemberita ialah, Koperal A.Mon Aju, yang amat seronok menunaikan tanggungjawab tersebut.

Seramai 1-ribu 506-pegawai dan anggota polis berdaftar sebagai pengundi pos di Sabah.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Sabah, Abdul Manap Ali Omar memberitahu terdapat beberapa perubahan pusat mengundi awal di Semporna, iaitu bagi DUN Bugaya di Dewan Balai Polis Semporna, DUN Sebatik di Bangsal Kawad Batalion 14 PGA Tawau dan bagi DUN Gum-Gum di Sekolah Kebangsaan Sungai Tiram.

Jane/DD/cov-Radik