30/04/2013: ATM 5 Briged Kem Lok Kawi Tunaikan Tanggungjawab Mengundi Pagi Tadi…

Hampir 2-ribu warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berpangkalan di markas 5 briged Kem lok kawi dan isteri masing-masing menunaikan tangunggjawab sebagai pengundi awal, pagi tadi.

Menurut Pengarah Pilihan Raya Negeri Sabah, Dato’ Md. Idrus Ismail jumlah tersebut adalah kedua tertinggi selepas jumlah Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Sepanggar.

Beliau ditemui media selepas meninjau proses pengundian yang berlangsung di kem berkenaan.

Proses pengundian yang dijalankan di pusat mengundi Sekolah Agama Rakyat Kem Lok Kawi di mana 6 saluran mengundi dibuka bagi memudahkan proses pengundian berjalan lancar.

Tinjauan krew RTM mendapati rata-rata anggota keselamatan telah berada di kawasan pusat mengundi seawal 7 pagi lagi berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Proses pengundian awal ini adalah bagi kerusi Parlimen Putatan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas yang masing-masing menyaksikan pertembungan 4 penjuru bagi kerusi Parlimen Putatan dan 3 penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas.

Ends/max/susi/fa/cov-Radik

¬mfja¬

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s