30/04/2013: Rakyat hanya perlukan transformasi dan bukannya tukar kerajaan…

Rakyat hanya memerlukan transformasi negara. Justeru, tidak perlu
menukar kerajaan sedia ada yang berusaha melakukan pelbagai
transformasi demi kesejahteraan rakyat.

Presiden Pasok Mamagon Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO), Tan Sri
Bernard Dompok berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
yang berpengalaman 37 tahun mentadbir dan mengurus negara lebih layak
memerintah, berbanding Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang
baru berpengalaman 17 tahun.

Katanya, rakyat sendiri menikmati peluang transformasi pengurusan
ekonomi negara seperti Bantuan Rakyat Satu Malaysia dan bantuan
persekolahan.

Tan Sri Bernard yang juga Calon Parlimen Penampang menyatakan
demikian dalam Ceramah Umum Barisan Nasional (BN) di Dewan KDCA
Penampang.

Sementara itu, Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph
Pairin Kitingan berkata, permasalahan di Sabah mendapat perhatian.
Antaranya, penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai
pendatang asing di negeri ini dan meningkatkan keselamatan negeri
menerusi penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
(ESSCOM).

Malah, keperluan dan kebajikan rakyat Sabah turut mendapat perhatian
menerusi pelbagai program transformasi dan pendekatan strategi lautan
biru.

Hampir 5-ribu menghadiri ceramah tersebut yang menunjukkan semangat
setiakawan dalam kalangan pemimpin parti-parti komponen BN di Sabah.

Ends/Juliana/DD/Cov-Radik

¬mfja¬

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s