03/05/2013: Suasana kempen PRU13 di Sabah terkawal…

Suasana kempen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU) di Sabah terkawal dengan tiada insiden dan kesalahan besar berlaku selepas 13 hari tempoh berkempen berlangsung.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato’ Hamza Taib berkata, meskipun 8 kes tangkapan telah dibuat namun ia melibatkan kesalahan kecil seperti mengoyak, membakar dan membuang bendera serta jenayah kecil lain. Kesalahan lain, tiada kelulusan permit untuk berkempen.

Setakat ini, pihaknya telah memantau 2 ribu 652 ceramah dan menerima lebih 300 aduan melibatkan pelbagai kesalahan dibawah Akta Pilihan Raya 1954.

Dato’ Hamza ditemui pemberita selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri, Tun Haji Juhar Haji Mahiruddin di Istana Negeri Kota Kinabalu.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman dan Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Haji Md Idrus Ismail.

Diminta mengulas kes rusuhan di Sandakan dan Semporna baru-baru ini, Dato’ Hamza berkata, tiga individu di Sandakan telah ditangkap dan sedang dalam siasatan, manakala kes di Semporna telah berjaya diselesaikan secara baik.

end/busri (Maria/Cov)

~mfja~

About these ads

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s