14/05/2013: Warga IPT diingatkan sentiasa berfikir sebelum bertindak…

Warga Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sama ada tenaga pengajar
mahupun pelajar diingatkan agar sentiasa berfikir sebelum bertindak.

Ketua Jabatan Canselori Universiti Malaysia Sabah (UMS), Nokman Haji
Ahmad menjelaskan IPT seperti UMS merupakan gedung ilmu yang mendidik
anak bangsa agar mampu berfikir secara rasional terhadap setiap
tindakan.

Beliau mengulas peristiwa bantahan melibatkan mahasiswa IPT terhadap
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabah, baru-baru ini.

Katanya, golongan siswa dan siswi harus memikirkan kesan jangka
pendek dan panjang akibat tindakan yang boleh menjejaskan masa depan
mereka.

Generasi muda juga harus menghayati sejarah agar tidak mudah
terpedaya dengan penyebaran maklumat tidak sahih, terutama di
laman-laman media sosial.

Ini kerana sikap mudah percaya kepada maklumat berbaur hasutan boleh
mengikis semangat kecintaan terhadap negara, seterusnya memusnahkan
perpaduan rakyat.

Nokman berucap merasmikan Malam Apresiasi Cinta 1Malaysia di UMS,
Kota Kinabalu. Seramai 120-pelajar hadir pada program itu.

Ends/alizaali/St

¬mfja¬

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s