31/05/2013: Semua premis makanan wajib daftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia…

Gesaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan kementerian tersebut sebelum 1 Januari tahun depan disambut baik para pengusaha premis di negeri ini.

Beberapa pemilik premis makanan yang ditemui menyifatkan usaha proaktif tersebut wajar sebagai langkah pendidikan berterusan terhadap penyediaan makanan.

Usaha itu bukan hanya menumpukan kebersihan menyeluruh malah memastikan keselamatan makanan kepada pengguna tidak terabai sekali gus meningkatkan kualiti makanan di pasaran.

KKM dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini menyebut pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai dan penjaja bergerak merupakan antara yang diwajibkan mendaftar dengan KKM.

Ini adalah selaras dengan peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 mewajibkan semua makanan mendaftar dengan KKM.

ENDS/FA/ZF/COV-Radik

~mfja~

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s