Monthly Archives: Jun 2013

30/06/2013:sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2013 diraikan penuh meriah dan berwarna warni di Sabah…

Pelancaran sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2013 berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah Kota Kinabalu, dengan penuh meriah dan berwarna warni. Teruskan membaca

Advertisements

30/06/2013: GLC Sabah diminta sentiasa peka terhadap perubahan pasaran kewangan…

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah, Progressive Insurance diminta sentiasa peka terhadap perubahan pasaran kewangan dalam sektor insurans agar lebih bergaya saing pada masa depan. Teruskan membaca

30/06/2013: Pembersihan tumpahan minyak di kawasan alur air berhampiran Kampung Tampaluon Babagon, Penampang kini 80-peratus siap…

Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak di kawasan alur air berhampiran Kampung Tampaluon Babagon, Penampang kini 80-peratus siap. Teruskan membaca

30/06/2013:Ibu bapa harus tonjolkan teladan baik kepada anak-anak…

Ibu bapa harus menonjolkan teladan yang baik sebagai sumber aspirasi dalam merealisasikan impian dan masa depan anak-anak. Teruskan membaca

30/06/2013: Usahawan perlu berani ambil peluang kaedah pasaran produk ke luar negara…

Usahawan di negeri ini perlu berani mencuba dan mengambil peluang memasarkan produk mereka ke pasaran luar negeri dengan menggunakan kaedah pemasaran francais kerana ia lebih praktikal dan produktif, asalkan
mempunyai sijil halal. Pemilikan sijil Halal juga amat penting kerana ia mudah diterima semua peringkat masyarakat. Teruskan membaca

30/06/2013: gotong royong amal merupakan satu lagi pendekatan proaktif Kelab Rakan TAWAU FM…

Program gotong royong amal merupakan satu lagi pendekatan proaktif yang sedang dilaksanakan Kelab Rakan TAWAU FM dalam usaha menarik pendengar Radio Malaysia Tawau FM. Teruskan membaca

30 JUN 2013: SOROTAN MINGGU INI – PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara dan alam sekitar yang berpunca daripada kebakaran hutan dan kegiatan pembakaran secara terbuka sekali lagi menampakkan kemudaratannya. Keadaan ini perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh membawa kesan yang amat besar bukan sahaja terhadap negara tetapi juga rakyat keseluruhannya.

Masalah jerebu yang dialami negara sekarang dijangka terus berlaku secara berulang dan boleh menjadi lebih teruk jika pembakaran terbuka di dalam dan luar negara tidak dibendung.

Dengan itu, pemantauan dan tindakan segera dalam mengawal pembakaran terbuka seperti yang termaktub dalam Pelan Tindakan Jerebu Serantau yang dipersetujui di kalangan negara Asean sebelum ini perlu dilaksanakan bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah buruk. Selain itu, negara-negara Asean perlu mengadakan pertemuan bagi membincangkan pendekatan yang lebih sistematik untuk mengelak kejadian itu terus berulang.

Selain masalah kesihatan, jerebu juga menyebabkan kerugian kepada pendapatan negara terutama dalam sektor pelancongan, pertanian dan penternakan.

Apa yang dilihat sekarang ini, walaupun wujud perjanjian berkaitan pencemaran jerebu merentas sempadan yang ditandatangani pada tahun 2002, ia nampaknya tidak dapat mengelakkan masalah itu daripada berulang.

 

Atas hakikat ini, Sorotan merasakan langkah untuk mencari penyelesaian muktamad bagi mengelak impak yang lebih serius ekoran ancaman daripada pencemaran ini perlulah difikirkan segera. Saranan ini dibuat berdasarkan kesedaran bahawa fenomena ini bukanlah sesuatu yang harus ditunggu dan lihat tetapi sesuatu yang memerlukan langkah penyediaan payung sebelum hujan.

Sejak jerebu melanda negara kita seminggu dua ini, beratus-ratus buah sekolah telah diarah ditutup sementara pengisytiharan darurat telah dikeluarkan di beberapa kawasan di semenanjung Malaysia yang kiraan Indeks Pencemaran Udara, I-P-U-nya mencapai lebih daripada tahap berbahaya. Jumlah kes jangkitan saluran pernafasan di kawasan-kawasan yang terjejas teruk juga mencatatkan peningkatan.

 

Melihat kepada keadaan tersebut, orang ramai dinasihati agar mengurangkan aktiviti luaran dan tinggal di dalam rumah.

Pihak berkuasa Kesihatan meminta orang ramai supaya menggunakan penutup hidung dan mulut sekiranya terpaksa melakukan aktiviti di luar kawasan rumah bagi menjaga kesihatan diri. Mereka yang terpaksa melakukan aktiviti luar juga dinasihatkan untuk mencuci tangan dan muka selepas menjalani aktiviti tersebut.

Masyarakat juga digalakkan untuk mandi dengan kerap dan banyak minum air kosong sekurang-kurangnya lapan gelas sehari sebagai langkah menghindari daripada penyakit. Jika memandu, gunakan pendingin hawa dalam kenderaan dan pastikan pintu dan tingkap di rumah sentiasa ditutup.

 

Berdasarkan IPU, bacaan antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 ke 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 300 ke atas sebagai berbahaya.

Bagi mengelak keadaan menjadi bertambah buruk, orang ramai terus dinasihatkan supaya tidak melakukan atau menyebabkan pembakaran terbuka. Mereka juga diminta bekerjasama untuk memadam kebakaran-kebakaran kecil dan juga melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Perkhidmatan Bomba dan Penyelamat atau Jabatan Alam Sekitar.

 

Selain itu, pihak berkuasa juga perlu memberi penjelasan dan penerangan tentang bahaya pencemaran ini serta langkah-langkah yang perlu diambil bagi membendunginya,

Sorotan juga ingin menyarankan supaya faktor lain yang boleh membawa kepada berlakunya pencemaran udara turut diberi perhatian. Ini termasuklah yang berkaitan dengan asap kenderaan dan asap kilang.

Justeru, langkah penguatkuasaan terhadap kenderaan yang mengeluarkan asap berlebihan perlu diambil secara berterusan mulai sekarang, begitu juga dengan pemeriksaan terhadap kilang-kilang bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang sedia ada.

Bagi para petani, garis paduan tentang cara memanfaatkan hasil pertanian mereka ada disediakan pihak-pihak yang berkenaan. Maka adalah lebih baik bagi mereka untuk mengelak daripada melakukan pembakaran terbuka lebih-lebh lagi pada musim kemarau.

Sama-samalah kita beringat bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati. Alam Sekitar yang bersih menjamin kehidupan yang sihat. Salam 1 Malaysia.

Saudara, Malaysia milik kita, hargailah keamanan.

SOROTAN tadi disediakan Anuar Hj. Idris, Unit Berita dan Ehwal Semasa.

~mfja~