Daily Archives: 1 Jun 2013

01/06/2013: Lebih 32 suku kaum dengan 52 bahasa dan pelbagai adat merupakan daya tarikan utama Pelancongan Sabah…

Lebih 32 suku kaum dengan 52 bahasa dan pelbagai adat menjadikan keunikan rakyat Sabah ini sebagai daya tarikan utama dalam sektor pelancongan negeri. Teruskan membaca

Advertisements

01/06/2013: SEDCO akan membina Kolej Islamiyah di Tawau…

Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)akan membina Kolej Islamiyah Tawau di tapak seluas 80 hektar di Kampung Titingan Tawau yang bakal dibangunkan sebagai Bandar Baharu Titingan. Teruskan membaca

01/06/2013: PEKADIN rayu percepat pembinaan jalan pintas Kampung Gonipis ke Kampung Poring, Kiulu di Tuaran…

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Sabah (Pekadin) merayu kerajaan negeri mempercepatkan pembinaan jalan pintas dari Kampung Gonipis ke Kampung Poring, Kiulu di Tuaran yang akan melengkapkan jalan alternatif Tuaran-Batu 28 Jalan Tambunan.

 

Naib Presiden Pekadin Simon Molubi berkata jalan pintas itu satu keperluan mendesak kerana jalan utama Penampang-Tambunan sering dilanda kejadian tanah runtuh.

 

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan di Kampung Babagon, di Km 21 Jalan Penampang-Tambunan, yang memaksa orang ramai menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau untuk ke kawasan pedalaman dari bandar raya Kota Kinabalu.

 

Simon ditemui pemberita di Kota Kinabalu.

 

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil kira kebajikan orang ramai yang terpaksa menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh berikutan kejadian tanah runtuh itu.

Ends/BERNAMA/Radik

~mfja~

 

 

 

01/06/2013: Usaha mempertahan dan memperkasa makanan tradisi wajar terus dipelihara…

Usaha mempertahan dan memperkasa makanan tradisi wajar digembleng semua pihak dengan harapan warisan nenek moyang turun temurun ini akan terus kekal dijaga dan dipelihara agar tidak pupus ditelan zaman. Teruskan membaca

01/06/2013: Kelab-kelab permotoran giat laksana tingkatkan semangat perpaduan…

Kelab-kelab permotoran di negeri ini kini giat melaksana aktiviti riadah dalam kalangan ahlinya. Teruskan membaca

01/06/2013: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha baik pulih persefahaman kebangsaan…

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menitahkan semua pihak, tanpa mengira kaum dan kepercayaan, menyokong usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membaik pulih semula persefahaman kebangsaan. Teruskan membaca

01/06/2013: JALAN KOTA KINABALU – TAMBUNAN YANG RUNTUH AWAL PAGI KELMARIN DIJANGKA BOLEH DILALUI PETANG INI.

Kerja-kerja pembinaan semula  jalan di Kilometer 20 Jalan Kota Kinabalu -Tambunan yang runtuh awal pagi kelmarin, dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh satu hingga dua bulan ini. Teruskan membaca