01/06/2013: PEKADIN rayu percepat pembinaan jalan pintas Kampung Gonipis ke Kampung Poring, Kiulu di Tuaran…

Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Sabah (Pekadin) merayu kerajaan negeri mempercepatkan pembinaan jalan pintas dari Kampung Gonipis ke Kampung Poring, Kiulu di Tuaran yang akan melengkapkan jalan alternatif Tuaran-Batu 28 Jalan Tambunan.

 

Naib Presiden Pekadin Simon Molubi berkata jalan pintas itu satu keperluan mendesak kerana jalan utama Penampang-Tambunan sering dilanda kejadian tanah runtuh.

 

Beliau diminta mengulas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat berterusan di Kampung Babagon, di Km 21 Jalan Penampang-Tambunan, yang memaksa orang ramai menggunakan jalan alternatif seperti Jalan Kimanis-Keningau untuk ke kawasan pedalaman dari bandar raya Kota Kinabalu.

 

Simon ditemui pemberita di Kota Kinabalu.

 

Beliau berkata kerajaan perlu mengambil kira kebajikan orang ramai yang terpaksa menggunakan jalan alternatif yang lebih jauh berikutan kejadian tanah runtuh itu.

Ends/BERNAMA/Radik

~mfja~

 

 

 

Tinggalkan komen