10/06/2013: Rumah Anak-anak Yatim Tambunan Sabah diberi penghormatan…

Rumah Anak-anak Yatim Tambunan Sabah diberi penghormatan sebagai lokasi pertama pelaksanaan projek ‘HOPE’ atau projek Harapan kendalian ‘World Marketing Summit Malaysia 2013.

Program lawatan sambil belajar selama tiga hari bermula esok itu melibatkan seramai 40-kanak-kanak dan diiringi 5-guru.

Ketua Bahagian Projek Harapan tersebut, Fabian Nesan Selva menjelaskan, program itu bermatlamat memberi pendedahan, pemahaman serta kemahiran untuk dijadikan perintis bagi memilih kerjaya yang sesuai dengan minat mereka.

Beliau ditemui media di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Timbalan Pengetua Rumah Anak-anak Yatim Tambunan, Abu Bakar Libada menyifatkan program itu dapat membantu anak-anak kurang bernasib baik melihat dunia luar dan menambah ilmu pengetahuan.

Projek berkenaan akan membawa anak-anak tersebut mengunjungi lokasi yang menjadi lambang kemajuan di Kuala Lumpur, disamping menjayakan aktiviti yang disediakan pihak penganjur.

Juliana (sjk/halim/cov)

 

~mfja~

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s