24/06/2013: Tan Sri Pandikar Amin Mulia gesa semua anggota Dewan Rakyat terapkan budaya transformasi…

Tan Sri Pandikar Amin Mulia menggesa semua anggota Dewan Rakyat menerapkan budaya transformasi sewaktu bertugas di Dewan Rakyat untuk menjulang martabat Parlimen ke tahap lebih tinggi.

 Mentafsir budaya transformasi yang dimaksudkan, Tan Sri Pandikar yang dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat untuk kali kedua, berkata ia bermaksud melakukan perubahan sikap ke arah membuat kebaikan.

 Beliau berucap selepas dipilih semula sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen ke-13.

 Tan Sri Pandikar turut memahsyurkan anggota Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee dan anggota Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

 Ends/Donny (Bernama/Donny)

~ends~

 

Tinggalkan komen