24/06/2013: Tiada sekolah ditutup berikutan keadaan jerebu di Sabah…

Pengarah Pelajaran Negeri, Jame Alip mengesahkan aktiviti luar sekolah di negeri ini masih berjalan seperti biasa. Tiada sekolah ditutup berikutan keadaan jerebu.

Ketika dihubungi RTM di pejabatnya, di Kota Kinabalu, Jame berkata pihak sekolah akan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dalam memastikan proses pembelajaran dan pengajaran tidak terjejas akibat jerebu.

Ini termasuk mengeluarkan arahan semasa mengikut tahap pencemaran untuk dipatuhi para pelajar dan guru, terutama mereka yang berisiko terhadap pencemaran udara.

Sehubungan itu, ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak-anak ke sekolah. Pada masa sama, pelajar dan guru dinasihat meminum air dengan banyak dan menggunakan penutup hidung dan mulut untuk mengelak kesan kesihatan akibat jerebu.

Ends/alizaali/salma/cov

~mfja~

 

Tinggalkan komen