Daily Archives: 25 Jun 2013

25/06/2013: Kementerian Kesihatan komited menangani tabiat merokok di negara ini…

Kementerian Kesihatan komited menangani tabiat merokok di negara ini menerusi Perkhidmatan Berhenti Merokok yang ditawarkan di klinik-klinik kesihatan dan Hospital. Teruskan membaca

Advertisements

25/06/2013:Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah (S.I.F.F) Ke-8, 2013…

Festival Kesenian Rakyat Antarabangsa Sabah (S.I.F.F) Ke-8, 2013 yang berkonsepkan persembahan muzik dan lagu rakyat disertai 12 kumpulan dalam dan luar negara. Antaranya, Sri Lanka, Korea, Jepun, Sarawak dan selebihnya persembahan muzik peserta tempatan.

Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) Datu Rosmadi Datu Sulai berkata penyertaan dari luar negara pada tahun ini agak kurang berbanding tahun-tahun lepas.

Menurut beliau, festival kali ini buat julung kalinya mengetengahkan lagu-lagu rakyat dan muzik rakyat negara-negara yang menyertainya. Jelasnya, bagi tahun 2014 festival itu akan diteruskan seperti konsep tahun-tahun lepas dan penganjur telah menerima lebih 80 penyertaan setakat ini.

Datu Rusmadi menyatakan demikian ketika ditemui media pada Majlis Jamuan Malam meraikan peserta luar negara di Kota Kinabalu MALAM TADI.

S.I.F.F ke 8 bermula hari ini hingga AHAD dengan persembahan Muzik dan lagu rakyat bertempat di Jabatan Kesenian Negara pada Rabu dan Khamis ini bermula 7 hingga 10.30-malam.

Ends/busri (Rita/DD/Cov)

~mfja~

 

25/06/2013: Polis Sabah manfaatkan perjumpaan semasa sambutan perayaan…

Pasukan Polis Kontinjen Sabah akan memanfaatkan perjumpaan sewaktu perayaan untuk berkongsi maklumat mengenai isu kepolisan dalam usahanya menurunkan kadar jenayah.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, perjumpaan semasa sambutan perayaan juga masa terbaik untuk pasukan polis bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat yang meraikan perayaan kaum lain di negara ini.

Jelasnya, usaha menurunkan kadar jenayah ke arah sifar bukan sesuatu yang mustahil dengan usaha dan kerjasama semua pihak.

Datuk Hamza berucap pada Perasmian Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Polis Sabah, di Penampang MALAM TADI.

Katanya untuk memastikan wawasan kerajaan menurunkan kadar jenayah di negeri itu tercapai, semua pihak boleh membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan menyalurkan maklumat demi memastikan keselamatan dan keharmonian negara terpelihara.

Beliau menambah, PDRM juga sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan untuk menambah baik perkhidmatan polis dan meningkatkan imej pasukan itu.

end/busri — BERNAMA NBK NT NM

~mfja~

25/06/2013: Walaupun menjalani hukuman penjara, tidak menghalang 31 pelajar duduki peperiksaan…

Majlis anugerah kecemerlangan pelajar Sekolah Integriti Kota Kinabalu (SIKK) dan Sekolah Henry Gurney, 2012 berlangsung PAGI TADI di Penjara Pusat Kota Kinabalu. Teruskan membaca

25/06/2013: Rombongan Mufti Kerajaan Negeri Perlis lawat Sabah…

Rombongan Mufti Kerajaan Negeri Perlis Indera Kayangan kini berada di Kota Kinabalu sempena kunjungan muhibbah ke negeri ini. Teruskan membaca

25/06/2013:ramai pelajar integriti punyai bakat untuk diketengahkan dan dikongsikan kepada umum…

Sekolah Integriti perlu dilibatkan dengan program-program berbentuk Inovasi bagi membolehkan para pelajar mengembangkan bakat dan Inovasi mereka. Teruskan membaca

25/06/2013:MPS robohkan 347 buah rumah setinggan…

Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) merobohkan 347 buah rumah setinggan yang dihuni warga asing menerusi operasi bersepadu di tiga kawasan di daerah itu bermula semalam. Teruskan membaca