28/06/2013: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 293 kes demam denggi…

Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merekodkan 293 kes demam denggi bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini, dengan peningkatan 45 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri, Dr. Haji Jamail Muhi berkata, Daerah Tawau mencatatkan kes tertinggi iaitu 49 kes, diikuti Sandakan (36) dan Kota Kinabalu (33) kes.

Sementara, Daerah Pitas, Kinabatangan dan Kuala Penyu, masing-masing 2 kes, Tongod (3) dan Putatan, Tenom dan Ranau, masing-masing 4 kes.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pemberita RTM di Pejabatnya di Kota Kinabalu.

Menurut Dr. Haji Jamail, pihaknya turut memeriksa 115 ribu 486 buah premis yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Manakala, sejumlah 908 notis dan 130 kompaun bernilai 61 ribu 450 ringgit dikeluarkan kepada premis terbabit.

Dr. Haji Jamail menasihati orang ramai yang mengalami denam berterusan supaya segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berdekatan.

Maria (Sahira-Fup)

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s