28/06/2013: Polis Marin Tawau berjaya menahan enam lelaki disyaki tangkap ikan gunakan bahan letupan…

Pasukan Polis Marin Tawau berjaya menahan enam lelaki berumur lingkungan 18 hingga 55 tahun kerana disyaki memiliki ikan yang ditangkap menggunakan bahan letupan dalam dua kes berasingan di daerah itu.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata, keenam-enam lelaki yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri itu ditahan di kawasan perairan Inderasabah, ketika sedang menjalankan aktiviti haram mereka menggunakan dua buah bot pam.

Dalam kes pertama, polis menjumpai 65 kilogram ikan pelbagai spesis dan peralatan mengebom ikan seperti botol kosong, hos, mancis, alat selaman dan tong oksigen di dalam bot tiga suspek berumur antara 30 dan 55 tahun yang ditahan kira-kira pukul 1.10 tengahari.

Pada pukul 3.45 petang, sebuah lagi bot pam ditahan serta diperiksa dan anggota Pasukan Polis Marin menjumpai 52 kilogram ikan pelbagai spesis beserta pelbagai peralatan seperti botol kosong, hos panjang, tong oksigen dan alat selaman.

Tiga lelaki berumur antara 18 dan 20 tahun yang berada di atas bot berkenaan ditahan bagi membantu siasatan.

ACP Awang Besar berkata demikian dalam kenyataan media yang disampaikan Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin Tawau, ASP R. Krishnan.

ACP Awang Besar menegaskan, polis memandang serius kegiatan menangkap ikan menggunakan bom ikan kerana ia memusnahkan habitat ikan dan boleh membawa kepada kemerosotan sumber perikanan.

Maria (Maria/Brna)

~mfja~

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s