28/06/2013:PACIA mampu promosikan persembahan seni negara…

Persidangan Antarabangsa Persembahan Seni dan Industri Kreatif di Asia (PACIA), mampu mempromosikan persembahan seni negara ini.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, penganjuran program bertaraf antarabangsa itu penting kerana ia menjana kemajuan dan pendapatan industri pelancongan.

Antara lain, ia juga memupuk rasa bangga di kalangan generasi muda terhadap warisan budaya mereka.

Beliau berkata demikian pada majlis penutupan PACIA ke-3 di Kota Kinabalu. Teks ucapan beliau dibacakan pembantunya, Datuk Kamarlin Ombi.

Seramai 140 peserta daripada 10 buah negara menyertai persidangan selama tiga hari itu. Ia anjuran Sekolah Pengajian Seni Universiti Malaysia Sabah (UMS), bertujuan menjana idea baharu dalam membangunkan industri kreatif di Malaysia dan rantau Asia.

Datuk Masidi berharap, persidangan tersebut dapat mentransformasikan dunia seni di Sabah dalam usaha menarik kedatangan pelancongan luar dan dalam negara ke negeri ini.

Maria (Juliana/Cov)

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s