28/06/2013:Sabah sambut baik kolaborasi antara MASwings dan Royal Brunei Airlines….

Sabah menyambut baik kolaborasi bijak antara MASwings dan Royal Brunei Airlines yang bersetuju berkongsi ‘kod penerbangan’ ke tiga buah bandar iaitu Kota Kinabalu, Kuching dan Bandar Seri Begawan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun berkata, kerjasama itu mampu menyediakan perkhidmatan yang lebih kepada penumpang, terutama pelancong yang berkunjung ke Sabah, Sarawak dan Brunei Darussalam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman perkongsian kod antara kedua-dua syarikat penerbangan tersebut di Kota Kinabalu.

Datuk Masidi yakin, usaha itu akan merancakkan lagi pertumbuhan industri pelancongan Sabah.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MASwings, Datuk Kapten Mohd Nawawi Haji Awang berkata, kerjasama itu antara usaha awal syarikat untuk memperluaskan lagi perkhidmatannya di seluruh Borneo dan rantau B-I-M-P-EAGA.

Bagi Ketua Komersial dan Pegawai Perancangan Royal Brunei Airlines, Karam Chand, persetujuan itu merupakan strategi perniagaan untuk menyediakan lebih banyak lagi pilihan kepada pelanggannya.

Di bawah perjanjian itu, MASwings menambah kod ‘M-H’nya kepada penerbangan Royal Brunei Airlines, dengan laluan Kota Kinabalu dari Bandar Seri Begawan. Manakala, Royal Brunei Airlines pula menambah kod ‘B-I’nya pada penerbangan MASwings yang melalui Bandar Seri Begawan dari Kuching.

Maria (Nadya/Cov)

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s