28/06/2103: Susulan kes sembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan di Tanduo, Lahad Datu…

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu, satu daripada nombor dalam perbualan telefon yang dipintas oleh polis adalah kepunyaan anak lelaki anggota polis yang dibicarakan kerana menyembunyikan maklumat mengenai aktiviti keganasan di Tanduo, Lahad Datu, awal tahun ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Lahad Datu, ASP Ang Seow Aun, yang juga Pegawai Penyiasat Kes, berkata, nombor 013-8888359 didaftarkan atas nama Mohd Esham Hassan. Siasatan mendapati, pemilik nombor itu adalah anak lelaki tertuduh.

ASP Ang memberi keterangan pada perbicaraan Detektif Koperal Hassan Ali Basari, kerana menyembunyikan maklumat tentang kegiatan keganasan di Pejabat Ketua Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu, antara Januari dan 3 Mac tahun ini.

Pertuduhan mengikut Seksyen 130M kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 7 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Mohd Hanafiah Zakaria memberitahu Mahkamah, beliau menerima permohonan daripada Supritenden Anwar Ahmad dari Ibu pejabat Cawangan Khas di Bukit Aman, untuk memintas perbualan telefon seorang anggota polis pada 15 Februari.

Pintasan komunikasi itu diperlukan untuk mendapatkan maklumat keselamatan dan memastikan hubungan tertuduh dengan penceroboh Kampung Tanduo.

Pendakwaan menutup kes selepas mengemukakan 18 saksi. Hakim P. Ravinthran menetapkan 4 Julai untuk mendengar penghujahan daripada pihak pendakwaan dan pembelaan.

Maria (Maria/Brna)

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s