30/06/2013: GLC Sabah diminta sentiasa peka terhadap perubahan pasaran kewangan…

Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah, Progressive Insurance diminta sentiasa peka terhadap perubahan pasaran kewangan dalam sektor insurans agar lebih bergaya saing pada masa depan.

Langkah itu membolehkan syarikat insurans mengambil inisiatif segera dalam menangani cabaran dan kesannya terhadap masalah dan isu berkaitan insurans.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, sebagai pasukan pengurusan yang berpandangan jauh ke hadapan yang dipimpin ketua pegawai ekskutif berpengalaman, keupayaan dan pengurusan Progressive Insurance akan terus mencatat pulangan dividen tinggi untuk pemegang sahamnya pada tahun-tahun akan datang.

Datuk Musa melahirkan keyakinan itu dalam ucapannya pada jamuan malam Syarikat Progressive Insurance di Kota Kinabalu. Beliau turut menyaksikan penyerahan Cek berjumlah 6.64 juta ringgit bagi pembayaran dividen Progressive Insurance kepada kerajaan negeri.

Penyerahan dividen tersebut disampaikan Pengerusi Progressive Insurance Berhad, Datuk Harun Datuk Mansur kepada Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Datuk Pengiran Hassanel Datuk Pengiran Mohd. Tahir.

Sebagai pemegang saham utama dalam syarikat berkenaan, kerajaan negeri gembira kerana Progressive Insurance terus meraih keuntungan dan mengambil langkah perlu untuk kekal sebagai peserta penting dalam sektor insurans. ends/id/salma/cov)

~mfja~

 

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s