30/06/2013: Usahawan perlu berani ambil peluang kaedah pasaran produk ke luar negara…

Usahawan di negeri ini perlu berani mencuba dan mengambil peluang memasarkan produk mereka ke pasaran luar negeri dengan menggunakan kaedah pemasaran francais kerana ia lebih praktikal dan produktif, asalkan
mempunyai sijil halal. Pemilikan sijil Halal juga amat penting kerana ia mudah diterima semua peringkat masyarakat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Haji Ahmad Ayid berkata, pasaran francais merupakan kaedah pemasaran yang lebih praktikal dan produktif kerana ia lebih cepat dan pantas berkembang.

Beliau berucap merasmikan penutupan Program 1 Azam E-Kasih, bagi Kursus Asas Keusahawanan Dan Penyediaan Sajian di Kota Kinabalu. 30 peserta menyertai program 9-hari berkenaan yang dianjurkan Kementerian pertanian Dan Industri Makanan.

Menurut Datuk Jainab, penganjuran krusus seumpama itu merupakan antara usaha kerajaan bagi membantu para peserta 1Azam untuk meningkatkan pendapatan keluarga selain memberi peluang kemahiran bagi menambah ilmu pengetahuan untuk memulakan perniagaan.

ends/id/mun/cov

~mfja~

Tinggalkan komen