30/06/2013:sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2013 diraikan penuh meriah dan berwarna warni di Sabah…

Pelancaran sambutan Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2013 berlangsung di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah Kota Kinabalu, dengan penuh meriah dan berwarna warni.

Perasmiannya telah disempurnakan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, SEBENTAR TADI. Beliau bersama isteri, Puan Sri Hajah Noraini Abdul Rahman.

Program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sabah itu turut disambut pelbagai suku kaum dinegeri ini yang diserikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan, tarian dan persembahan artis-artis terkenal tanah air. Antaranya, Jamal Abdullah, Jimmy Palikat, Lena AF, Fauziah Gambus dan juara Program Mimpi Ke Bintang Wanrull Puppet.

Turut diadakan, upacara tradisi seperti Magavau, peragaan peserta Unduk Ngadau dan persembahan kesenian serta persembahan alat myzik tradisional masyarakat Kadazandusun

Program anjuran bersama Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) yang bertemakan “Harmoni 1Malaysia itu, berkonsepkan suasana perayaan kaamatan, seni budaya dan warisan tempatan yang diadun secara santai dan ceria.

(ends/id/salma/cov)

~mfja~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s