12/7/13: Tanah Runtuh Di KM9 Tenom-Sipitang Ambil Masa 12 Bulan Untuk Dibaiki

Jalan di kilometer 9 Tenom-Sipitang yang rosak dalam kejadian tanah runtuh pada 7 Julai lalu akan mengambil masa 12 bulan untuk dibaiki.

Ini kerana pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) perlu membuat kajian untuk menentukan kaedah sesuai untuk menangani masalah itu memandangkan bentuk geografinya berbukit serta ciri-ciri tanah yang agak kompleks.

Menurut Pengarah JKR Sabah, Datuk John Anthony kejadian tersebut berlaku kerana terdapat kalvet rosak yang akhirnya mengakibatkan tanah runtuh. Laluan itu kini hanya dibuka sehala sahaja boleh digunakan di kawasan terbabit.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM dalam satu temuramah di Kota Kinabalu.

Sebagai langkah keselamatan, pihak JKR telah menempatkan beberapa pengawal selain memasang papan tanda untuk keselesaan pengguna di sepanjang jalan tersebut.
.
~busri oli/halim/cvr

~mdre

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s