14/8/2013: Rondaan Di Sepanjang Jalan Tenom-Melalap Perlu Untuk Atasi Kes Jenayah

Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi mengesa pihak berkuasa agar memperketatkan rondaan terutama di sepanjang jalan Tenom-Melalap.

Mengulas mengenai kejadian orang awam diekori kenderaan yang tidak dikenali baru-baru ini di jalan berkenaan, beliau berkata keadaan tersebut seharusnya perlu diambil tindakan awal bagi mengelakkan kerisauan di kalangan pengguna jalan berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media di Tenom.
Datuk Raimie turut menggesa penduduk setempat dan pengguna jalanraya agar melaporkan segera kepada pihak polis sekiranya mengetahui kejadian tersebut sekaligus membolehkan siasatan lanjut dibuat.

Beliau turut menasihati pemandu yang menggunakan jalan tersebut pada waktu malam agar mengelak memandu bersendirian, tidak panik sekiranya ada kenderaan yang tidak dikenali mengekori serta catit nombor dan ciri-ciri kenderaan tersebut seterusnya segera melaporkan kepada pihak polis.

~rb/Loy/Hacks/Tony/Amat/Cov-Radik

~mdre

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s