28/8/2013: Polis Berkas 20 Individu Atas Pelbagai Kesalahan Di Tawau

Polis memberkas 20 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 16 warga asing yang disyaki melanggar Akta Imigresen dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 76 individu berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun yang diperiksa dalam operasi tiga jam, bermula 5.30 pagi.

Bercakap kepada pemberita di Tawau, jelasnya 16-orang ditahan mengikut Akta Imigresen dengan 11 daripadanya wanita warganegara Filipina manakala selebihnya warganegara Indonesia.

Dalam operasi di Kampung Kampung Jati, Kampung Belacan, Kampung Pisang dan Batu 4 Jalan Apas, tiga orang ditahan kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu manakala seorang lagi ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya.

Awang Besar berkata operasi itu yang disertai enam pegawai dan 36 anggota polis, termasuk 10 anggota dari Pasukan Gerakan Am, enam pegawai Imigresen dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, memeriksa 28 buah rumah.

~FLA/BERNAMA

~mdre

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s