2/9/2013: Cubaan Seludup Diesel Dan Petrol Di Semporna Gagal

Angkatan Tugas Bersama Dua (ATB2) menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak seribu 855-liter diesel bersubsidi dan seribu 960-liter petrol bersubsidi melalui perairan Semporna, di Tawau SEMALAM.

Dalam kenyataan di Tawau, Pegawai Perhubungan Media, Markas ATB 2, Mejar Mohammed Fahmi Ishak berkata dalam kejadian pada 6-setengah petang itu, lima lelaki rakyat tempatan berusia antara 15 dan 45-tahun turut ditahan.

Ia adalah hasil tindakan beberapa penduduk kampung yang mengesyaki aktiviti pemindahan minyak di antara dua bot, yang melaporkannya kepada anggota tentera di Pos Pulau Danawan.

Hasil pemeriksaan, sebanyak 109-tong plastik mengandungi minyak diesel dan petrol ditemui di dalam kedua-dua bot berkenaan yang sedang dalam proses pemindahan.

Kedua-dua bot itu diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

~alizaali/Bernama.

~mdre

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s