Monthly Archives: Oktober 2013

31/10/2013: UMS sedia kerjasama kembangkan usahawan bumiputera…

Universiti Malaysia Sabah (UMS) bersedia bekerjasama dengan usahawan bumiputera dalam mengembang dan menghasilkan produk berkualiti. Teruskan membaca

31/10/2013: Kerajaan akan terus mengendalikan program-program pembangunan kendiri…

Kerajaan akan terus mengendalikan program-program pembangunan kendiri di kalangan belia, terutama di luar bandar. Teruskan membaca

31/10/2013: Kegagalan membayar bil pembentungan jejaskan perkhidmatan…

Penduduk Wilayah Persekutuan Labuan diminta lebih prihatin terhadap pembayaran bil pembentungan mereka kerana kegagalan berbuat demikian boleh menjejaskan perkhidmatan yang disediakan Indah Water Konsortium (I-W-K). Teruskan membaca

31/10/2013: Ahli PPK disaran tingkatkan pengetahuan dan kemahiran…

Ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) disaran meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT). Teruskan membaca

31/10/2013: ISTAF Super Series Malaysia Tempa Sejarah Di Sabah

malaysia-b1

Kejohanan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) Super Series Malaysia Pusingan Ke-3 2013/2014 yang bermula HARI INI menempa satu lagi catatan sejarah sukan tanah air khususnya di Sabah.

Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, ini merupakan kali pertama Sabah diberi kepercayaan oleh ISTAF untuk menganjurkan kejohanan sepak takraw berprestij itu.

Sehubungan itu, beliau menyarankan para pegawai, pengurus, jurulatih dan pemain sepak takraw di negeri ini meneliti pelaksanaan program dan mengkaji teknik permainan para pemain antarabangsa.

Datuk Musa AmanBeliau menyatakan demikian dalam ucapannya ketika merasmikan kejohanan tersebut di Kompleks Sukan Likas Kota Kinabalu.Teks ucapannya dibacakan Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Taufiq Abu Bakar Titingan.

Kejohanan sepak takraw yang berlangsung empat hari hingga AHAD disertai 15-pasukan daripada 11-negara termasuk Thailand, Korea, Jepun, Iran, Jerman, Brunei dan Indonesia selain Malaysia.

~alizaali/max/dd/cov

~mdre

31/10/2013: Program “Windows To The World” Bina Kekuatan Ekonomi Bumiputera

Program “Windows To the World” mampu menjadi mekanisma terbaik dalam membina kekuatan ekonomi bumiputera.

SHAFIE APDALMenteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Haji Mohd. Shafie Haji Apdal berkata program itu merupakan misi dan aspirasi kementeriannya untuk mewujudkan peluang dan jaringan perniagaan di peringkat global dalam pengurusan dan pemasaran produk usahawan bumiputera.

Sehubungan itu, beliau berharap usahawan bumiputera dapat memanfaat sepenuhnya peluang baharu dalam mengembangkan jaringan perniagaan dan pemasaran menerusi kerjasama dan pertukaran maklumat dan pengalaman dengan usahawan berjaya.

Datuk Shafie menyatakan perkara itu pada Penutupan Pameran dan Persidangan Keusahawanan Antarabangsa 2013 menerusi Program Windows To The World Two anjuran bersama Majlis Amanah Rakyat dan Universiti Malaysia Sabah di Kota Kinabalu. Teks ucapan beliau dibacakan Timbalannya, Datuk Alexander Nanta Linggi.

Dalam sidang media kemudiannya, Datuk Alexander menjangkakan program itu berupaya mencapai hasil jaringan jualan bernilai 3-juta ringgit kepada 40-usahawan bumiputera dari seluruh negeri. Ia merupakan sasaran peningkatan sekali ganda daripada hasil jaringan jualan program sama di KL Sentral, April lalu.

~alizaali/salma/sha/cov

~mdre

31/10/2013: TLDM Lakar Sejarah Latih Krew Kapal Selam Di Dalam Negara

Tentera Laut Diraja Malaysia menerusi Pusat Latihan Kapal Selam (PLKS) TLDM melakar sejarah tersendiri apabila berjaya melahirkan seramai 22-krew Kepakaran dan Kemahiran Kapal Selam.

Daripada jumlah itu, 15-orang menerima Sijil Kemahiran Asas, 7-menerima Sijil Penyeliaan dan seorang menerima Sijil Ketua Jabatan.

Majlis Penganugerahan Sijil Kelayakan Kapal Selam dan Upacara Pemakaian Insignia Kepakaran Kapal Selam itu disempurnakan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar di Padang Kawad KD Sri Kota Kinabalu, Pangkalan TLDM Kota Kinabalu.

Dalam sidang media kemudiannya, Tan Sri Abdul Aziz berkata latihan asas Kepakaran Kapal Selam dikendalikan sepenuhnya PLKS TLDM, manakala Latihan Kepakaran dikendalikan jurulatih Syarikat Perlatihan Kapal Selam (NAVCO) selama 3 tahun bermula 2012 hingga 2015. NAVCO ditubuhkan di bawah Perbadanan Kerajaan Perancis.

PLKS TLDM merupakan yang pertama menyediakan fasiliti dan melaksanakan latihan asas tanpa menghantar pelatihnya ke luar negara untuk latihan seterusnya. Sebelum ini, pelatih kepakaran kapal selam menjalani latihan kepakaran di Perancis, Turki, Australia, Jerman, Sweden dan Pakistan.

~alizaali/sahira/cov

~mdre