Daily Archives: 20 Oktober 2013

20/10/2013: Pewujudan Sekolah Dalam Hospital (SDH) mampu menyediakan pendidikan formal…

Pewujudan Sekolah Dalam Hospital (SDH) mampu menyediakan pendidikan formal dan berstruktur dalam suasana Pengajaran dan Pembelajaran (P-and-P) yang kondusif khususnya melibatkan pesakit kanak-kanak. Teruskan membaca

20/10/2013: Mandat baharu jadi dorongan bekerja lebih kuat…

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden Umno menyifatkan mandat baharu itu akan menjadi dorongan untuk beliau bekerja lebih kuat untuk parti dan kerajaan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata mandat baharu
yang diberikan itu akan digunakan sebaik mungkin untuk membantu
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjayakan agenda
transformasi parti dan negara.

Datuk Seri Shafie berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di
Dewan Masyarakat Semporna sebagai mengulas kejayaannya mempertahankan  jawatan itu untuk penggal kedua.

Pada pemilihan parti itu, tiga penyandang Naib Presiden mengekalkan
kedudukan masing-masing dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
memperoleh undi tertinggi iaitu 185 undi, Shafie (174) dan Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein memperoleh 100 undi.

Ends/FLA/BERNAMA

~mfja~

20 OKTOBER 2013: SOROTAN MINGGU INI – BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Peranan bahasa kebangsaan sebagai satu daripada asas pembinaan tamadun negara bangsa Malaysia terus relevan dengan era globalisasi dan pemodenan yang diharungi kini. Teruskan membaca