Daily Archives: 23 Oktober 2013

23/10/2013: Pasukan Penyelamat Pengakap Dinaiktaraf…

Pasukan Penyelamat Persekutuan Pengakap Negeri Sabah yang wujud sejak 1998 dinaiktaraf kepada Pasukan Penyelamat dan Bantuan bermula Oktober ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Persekutuan Pengakap Negeri Sabah, Mejar Haji Baharudin Dato’ Chinchang Ujang, skop pasukan berkenaan diperluas bagi menghadapi pelbagai kemungkinan bencana khususnya pada musim tengkujuh.

Latihan secara berterusan juga diberikan kepada ahli pengakap agar mereka dapat melaksana tugas membantu orang ramai  dengan lebih baik.

Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Membakut.

Mejar Haji Baharudin berkata pihaknya juga akan menubuhkan satu Unit Khas Hal Ehwal Agama Islam bertujuan memberi latihan khusus mengenai pengendalian isu berkaitan agama Islam ketika aktiviti pengakap dijalankan.

~Rtka           (FA/COV)

~mdre

23/10/2013: Lebih 553.7 Juta Ringgit Nilai Harta Benda Berjaya Diselamatkan Daripada kejadian Kebakaran

 Lebih 553.7-juta ringgit nilai harta benda berjaya diselamatkan daripada kejadian kebakaran sepanjang tahun ini.

Jumlah itu meningkat 6.5-juta ringgit berbanding 547.2-juta ringgit pada tahun 2012.

Dalam kenyataan media di Kota Kinabalu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Affendy Ramin berkata, lebih 61.5-juta ringgit kerugiaan akibat kebakaran juga direkodkan sepanjang tahun ini. Jumlah itu menurun berbanding 90.7-juta ringgit pada tahun 2012.

Kebakaran lalang dan belukar mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 347-kes diikuti bangunan 342-kes, lain-lain kebakaran 171-kes dan hutan 117-kes.

Kematian dan kecederaan dalam kebakaran pula masing-masing mencatatkan 12 dan 9-kes.

~Rtka           (sahira/cov)

~mdre

23/10/2013: Pasukan Penyelamat Pengakap Sabah kini dikenali Pasukan Penyelamat dan Bantuan…

Pasukan Penyelamat Persekutuan Pengakap Negeri Sabah yang wujud sejak 1998 dinaiktaraf kepada Pasukan Penyelamat dan Bantuan bermula Oktober ini. Teruskan membaca

23/10/2013: “Jangan Takut Derma Darah”

 “Jangan takut derma darah”. Itu nasihat Pegawai Perubatan Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu, Hairunissa Mohd. Amjad.

Menurut beliau, menderma darah banyak memberi manfaat kepada penderma. Antaranya, membantu penghasilan sel darah merah baharu, membantu pembuangan zat besi berlebihan, mengurangkan kandungan kolestrol selain mengurangkan risiko kanser usus.

Beliau ditemui RTM semasa Program Derma Darah di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)  Negeri Sabah, Lintas Kota Kinabalu. Turut hadir, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Sabah, Zuraidah Latip.

Lebih 50-pain darah dijangka dapat dikumpul dalam Program Derma Darah tersebut.

~Rtka                   (sahira/cov)

~mdre

23/10/2013: Datuk Wilfred Madius Tangau diumumkan sebagai Timbalan Presiden yang baru…

Bekas Setiausaha Agung Parti Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Datuk Wilfred Madius Tangau diumumkan sebagai Timbalan Presiden yang baru selepas menewaskan Bekas Naib Presiden Datuk Dr Ewon Ebin pada pemilihan parti berkenaan. Teruskan membaca

23/10/2013: Idea dan tenaga ahli parti amat diperlukan bagi memastikan masa depan PBS terus terjamin…

Semua ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) digesa mengutarakan idea-idea baharu bagi membantu meningkatkan prestasi parti. Teruskan membaca

23/10/2013: Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L)…

Lima ratus orang dijangka mengikuti kursus-kursus pendek yang ditawarkan dalam Karnival Pembelajaran Sepanjang Hayat (My3L). Teruskan membaca