29/10/2013: Kerja Naik Taraf Sistem Bekalan Elektrik Di Tenom Siap Tahun Depan

Seramai 10-ribu 430 penduduk daerah Tenom akan menikmati bekalan elektrik yang stabil selepas kerja-kerja menaik taraf sistem rangkaian sedia ada siap sepenuhnya awal tahun depan.

Pengurus Besar Projek Utama Sabah Electricity Sendirian Berhad (SESB) Insinyur John Gomez berkata, sebanyak 12.6-juta ringgit diperuntukkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 bagi pelaksanaan projek itu.

Menurutnya, kerja-kerja naik taraf telahpun dijalankan sejak 12 Mei 2013 dan melibatkan beberapa pepasang elektrik termasuklah menambah alatubah (transformer) di Pencawang Masuk Utama (PMU) Tenom.

Penambahan jumlah kapasiti ‘alatubah’ sedia ada juga akan dapat menampung peningkatan permintaan elektrik jangka masa panjang khasnya sekitar daerah Tenom dan juga daerah kecil Kemabong.

Beliau ditemui media ketika meninjau perkembangan projek naik taraf PMU di Tenom.

Dalam pada itu Insinyur John turut memaklumkan SESB akan memasang Emergency Respons System (ERS) untuk kerja-kerja naik taraf talian 132 kilovolt Tenom-Pangi-Keningau untuk mengurangkan impak kekerapan gangguan bekalan elektrik.

~busri Ritah/DD/Cov

~mdre

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s