Sabah sedia menawarkan pelbagai pakej dan produk pelancongan terbaik sempena Tahun Melawat Malaysia 2014.
Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Kamarlin Haji Ombi berkata, lebih banyak produk baharu yang sinonim dengan budaya pelbagai etnik dan agama di Sabah bakal diperkenalkan bertujuan menarik lebih ramai pelancong.
Beliau berkata demikian kepada pemberita RTM di Beaufort ketika diminta mengulas persediaan Sabah menghadapi Tahun Melawat Malaysia 2014.
Kehadiran pelancong ke Sabah yang melebihi sasaran 3 juta tahun ini menjadi petunjuk positif bahawa Sabah mampu menyumbang kepada tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.
Beliau berharap rakyat di negeri ini dapat memanfaatkan sepenuhnya Tahun Melawat Malaysia ini bagi meningkatkan jumlah pelancong ke Malaysia dan Sabah khasnya.
~Ss/sha/cov/Any
~mdre