03/10/2013: USAHA MENCARI BUDAK HILANG MASIH DITERUSKAN…

Usaha mencari dan menyelamat seorang kanak-kanak berumur 10 tahun yang dikhuatiri lemas ketika berkelah di tepi Pantai Kampung Rampayan Laut, Kota Belud, sedang giat dijalankan.

Kanak-kanak itu, Muhammad Syahmi, merupakan seorang murid tahfiz Al Quran Bestari, Kampung Pirasan, Kota Belud.

Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cawangan Sabah, Affendy Ramin ketika dihubungi RTM memberitahu, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan Dua, Julkifli Narawi bersama 5 anggota telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.35 malam tadi.

Pasukan berkenaan turut dibantu pasukan Skuba Bomba Sabah seramai 4 orang, pihak polis dan orang kampung. Usaha mencari ditumpukan di kawasan persisiran pantai berkenaan.

Bapa kepada kanak-kanak itu, Harriade Osing ketika ditemui pemberita RTM berkata, kehilangan anaknya itu disedari kira-kira pukul 5.30 petang kelmarin, oleh guru pengiring aktiviti perkelahan itu yang kemudiannya membuat laporan polis.

Berdasarkan maklumat awal, kanak-kanak berkenaan masih berpakaian mandi dengan seluar panjang berwarna merah dan tidak memakai baju.

Maria (Firdaus/Cov)

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s