06/11/2013: 44 buah rumah setinggan akan dirobohkan…

Sebanyak 44 buah rumah setinggan akan dirobohkan dalam Operasi Roboh oleh Majlis Perbandaran Tawau bermula hari ini.

Ketua Penguatkuasa Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Hj Azinun Sanarul berkata, jumlah tersebut melibatkan empat lokasi setinggan iaitu 19 buah rumah di kampung Hiltop, 12 buah di Kampung Victoria, 11 di kampung Titingan dan 2 di Kampung Sri Menanti.

Operasi bermula kira-kira pukul 9 pagi tadi melibatkan 25 pegawai penguatkuasa MPT bersama 3 anggota Polis.

Beliau ditemui di kampung Hiltop Tawau.

Jelasnya, operasi tersebut bertujuan mengekang penambahan jumlah rumah yang didirikan di kawasan berkenaan selain membendung gejalah sosial melibatkan dadah, penyeludupan serta jenayah.

Pihaknya telah mengeluarkan notis amaran sejak 3 bulan lalu agar pemilik rumah berkenaan merobohkan rumah mereka bagi mengelak dikenakan tindakan namun tidak dihiraukan.

Tindakan merobohkan rumah-rumah di kawasan setinggan itu juga berdasarkan keputusan mesyuarat tindakan daerah yang diadakan baru-baru ini.

Tamrin/Any

~mfja~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s