16/11/2013: Sebuah Sekolah Menengah Akan Dibina Di Pekan Lama Melalap, Tenom

Sebuah sekolah menengah baharu akan dibina di Pekan Lama Melalap bagi memenuhi keperluan pelajar yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Radin Malleh berkata, rancangan pembinaan sekolah menengah baharu itu sebenarnya telah dimasukkan dalam Pelan Perancangan Pekan Baharu Melalap.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Graduasi Anugerah Cemerlang Pelajar Sekolah Kebangsaan SK Melalap di Tenom.

Datuk Radin yang juga wakil rakyat Melalap turut mengesa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Tenom agar seiring dengan matlamat pengurusan sekolah terutama dalam meningkatkan prestasi pelajar dan mencapai keputusan cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Sementara itu dalam ucapan aluan, Guru Besar sekolah berkenaan Petrus Sanggau berkata, S.K Melalap mencatat 81.8 peratus lulus bagi peperiksaan UPSR tahun 2013 berbanding 60 peratus pada tahun sebelumnya.

Pada majlis itu, seramai 40 murid sekolah berkenaan menerima anugerah untuk pencapaian akademik dan ko-kurikulum untuk tahun ini.

~rb/Thomas/Loy/Cov

~mdre

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s