17/2/2014: Keadaan banjir di Tenom semakin pulih…

Keadaan banjir di Daerah Tenom semakin pulih.

Menurut Pegawai Daerah Tenom, Madiyem Layapan, setakat 10-setengah pagi, hanya 30-penduduk masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Dewan Genuin Mendalom dan tiga lagi di Dewan Masyarakat Seri Antenom.

Bacaan paras air Sungai Pegalan kini berada di bawah paras bahaya. Manakala, bilik operasi banjir juga telah ditutup sejak 5-petang kelmarin.

Madiyem yang dihubungi RTM, bagaimanapun berkata pihaknya bersama anggota keselamatan lain sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga berikutan cuaca tidak menentu ketika ini.

Di Keningau, paras air Sungai Pegalan berada di paras amaran iaitu 239.91-meter.

Menurut Penolong Pegawai Daerah Keningau, Virus Malitam, ketika ini, hanya 13-penduduk terjejas banjir ditempatkan di sebuah pusat pemindahan yang masih beroperasi iaitu di SMK Agama Mempikit.

Sehingga kini, pengagihan bantuan daripada Jabatan Kebajikan Daerah Keningau masih diteruskan.

Ends/rina (sahira/tel)

…Don./

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s