05/03/2014: Balai Polis akan diwujudkan di Kampung Pangi, Kunak mantapkan keselamatan…

Sebuah balai polis akan diwujudkan di Kampung Pangi, Kunak untuk memantapkan lagi kawalan keselamatan di kawasan Timur Sabah.

Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (Esscom), Datuk Mohamad Mentek berkata, balai polis itu merupakan satu daripada tujuh balai polis
yang akan dibina di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri, baru-baru ini.

Pada masa ini, katanya dua kabin telah diletakkan sebagai penempatan sementara anggota polis yang bertugas.

Beliau yakin pewujudan balai polis di Kampung Pangi berupaya mempertingkat keyakinan masyarakat terhadap keselamatan di kawasan itu, selain dapat mencegah kemasukan pendatang asing.

Datuk Mohamad berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dan sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Daerah Kunak. Program tersebut merupakan pelaksanaan kali ketiga selepas di Tanjung Labian dan Tungku, Lahad Datu.

alizaali/Tamrin/Cov

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s