05/03/2014: Tan Sri Pairin hormati keputusan Tan Sri Bernard meletakkan jawatan sebagai Presiden UPKO…

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yakin keputusan Tan Sri Bernard Dompok meletakkan jawatan sebagai Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) dibuat selepas mengambil kira keadaan semasa.

Tan Sri Pairin yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) yang menyifatkan perletakan jawatan itu bukan sesuatu yang luar biasa, berkata beliau menghormati keputusan Tan Sri Bernard.

Tan Sri Bernard, 64 tahun, yang merupakan pengasas Parti UPKO yang ditubuhkan 20-tahun lalu, mengumumkan akan melepaskan jawatan tersebut, berkuatkuasa 21 Mac ini.

Tan Sri Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri ditemui pemberita selepas merasmikan Ceramah Kefahaman Pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2015 anjuran Kastam Sabah dan PBS di Dewan Undangan Negeri, Kota Kinabalu.

alizaali/Juliana/Ta/Cov

~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s