Monthly Archives: Mei 2014

31/05/2014: KPDNKK telah memeriksa lebih 560-ribu premis di seluruh negara sepanjang Ops Harga 2014..

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah memeriksa lebih 560-ribu premis di seluruh negara sepanjang Ops Harga 2014.
Menterinya, Datuk Seri Hassan Malek berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 3-ribu 293 tindakan kes telah diambil dengan jumlah rampasan bernilai lebih 566-ribu  ringgit melibatkan nilai kompaun 155-ribu ringgit.

Teruskan membaca

31/05/2014: Kerajaan negeri ucap syabas kejayaan pihak keselamatan selamatkan dua wanita mangsa culik.

Kerajaan negeri mengucapkan syabas kepada pasukan keselamatan negara dan pihak keselamatan Filipina atas kejayaan menyelamatkan dua wanita yang menjadi mangsa culik dalam kejadian di Singahmata Adventures and Resort Semporna, April lepas.
 
 Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata,  kerjasama erat yang wujud membuktikan sokongan semua pihak dalam usaha membebaskan kedua-dua mangsa culik berkenaan.
 
Dalam sidang media di Kota Kinabalu, Datuk Musa yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri menyeru orang ramai khususnya masyarakat setempat agar sentiasa bekerjasama dengan pasukan keselamatan bagi mengelak insiden serupa berulang.
 
 
Farizie/Cov-an

 

~mfja~

31/05/2014: Pesta Kaamatan merupakan wadah memperkukuh ikatan kekeluargaan dan persahabatan sesama rakyat pelbagai kaum dan budaya di negeri ini.

Pesta kaamatan yang disambut masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) melabuhkan tirainya hari ini. Majis penutupan disempurnakan Yang Dipertua Negeri, Tun Haji  Juhar Haji Mahiruddin di Dewan Hongkod Koisaan KDCA, Penampang.

Teruskan membaca

31/05/2014: Kursus Kemahiran Asas Kesukarelaan Mycorps siri 2 mampu menarik minat golongan belia.

Kursus Kemahiran Asas Kesukarelaan Mycorps siri 2 anjuran Pejabat
Belia dan Sukan Persekutuan bahagian Keningau yang diadakan di Dewan
Arena Belia Keningau mampu menarik minat golongan belia menyertai
kerja-kerja kesukarelaan. Teruskan membaca

31/05/2104: Jalan utama ke Kampung Pamuntarian, Nabawan akan dinaik taraf.

Jalan utama ke Kampung Pamuntarian, Nabawan sejauh 20 Kilometer yang menghubungkan 4 kampung iaitu Monsopoh, Tiang, Salarom Baru dan Nagkuyun yang sering kali terjejas banjir akan dinaik taraf. Teruskan membaca

31/05/2014: Khazanah semulajadi Tapak Warisan Dunia di Sabah dan Palawan Filipina boleh dikongsi bersama.

Kekayaan khazanah semulajadi Tapak Warisan Dunia di Sabah dan Palawan Filipina boleh dikongsi bersama untuk pembangunan sumber ekonomi.

Menurut Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Teo Chee Kang, keistimewaan Taman Negara Kinabalu di Sabah dan Taman Negara Puerto Princesa serta Taman laut Terumbu Tubbataha di Palawan antara potensi terbaik untuk dimajukan bersama. Teruskan membaca

31/05/2014: Mangsa Culik di sebuah resort di Semporna awal April lalu dibebaskan.

Warga China dan Filipina yang diculik di sebuah resort di Semporna pada awal April lepas, telah dibebaskan .

Mangsa warga China kemudian berlepas ke Kuala Lumpur 6 pagi tadi dan tiba di KLIA pada pukul 8:30 pagi.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata pembebasan mereka adalah hasil kerjasama polis Malaysia dan Filipina.

Mangsa diselamatkan di kepulauan Jolo, Selatan Filipina.

Kedua-dua wanita itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota

Kinabalu dari Sandakan pada 10.05 malam dengan dikawal ketat pasukan polis .

Pada 2 April lepas, sekumpulan tujuh lelaki bersenjata menculik
pelancong China, Gao Hua Yuan, 29 tahun, dari Shanghai dan warga Filipina, Marcy Dayawan, 40 tahun, yang bekerja di Singamata Adventures and Reef Resort, pukul 10.30 malam.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) diperketatkan dengan menambah aset tambahan.

 

don/brn/tamcov

~mfja~