Daily Archives: 19 Ogos 2014

19/8/2014: Perintah Berkurung dilanjutkan berkuatkuasa hari ini hingga 2 September…….

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman mengumumkan arahan perintah berkurung dilanjutkan berkuat kuasa hari ini sehingga 2 September dengan perubahan masa dari pukul 7 petang hingga 5 pagi.

Teruskan membaca

19/8/2014: Perbicaraan 30 individu berhubung aktiviti keganasan di Sabah tahun lepas masuk hari ke-57…..

Perbicaraan 30-individu berhubung aktiviti keganasan di Sabah, tahun lepas yang masuk hari ke 57 HARI INI disambung semula dengan soal balas oleh Peguam bela, Datuk N. Sivananthan.

Teruskan membaca

19/8/2014: Empat pasukan ragbi terbaik di rantau ini berentap di Kejohanan Ragbi Jemputan Piala Borneo Sabah……

Empat pasukan ragbi terbaik rantau ini akan berentap dalam Kejohanan Ragbi Jemputan Piala Gabenor Sabah Kali Ke-2 bermula 28 Ogos ini di Stadium Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Teruskan membaca

19/8/2014: Kastam Sabah berjaya tumpaskan cubaan seludup dadah…..

Kastam Sabah berjaya merampas dadah jenis “metamphetamine” seberat 1.39 kilogram dengan anggaran nilai dalam pasaran mencecah 265-ribu 240 ringgit di Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Satu, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira 6.30 petang kelmarin.
 
Pengarah Kastam Sabah, Dato’ Dr. Haji Janathan Kandok berkata, rampasan itu dibuat hasil pemeriksaan terhadap seorang wanita, 26 tahun warganegara China yang tiba dengan penerbangan pesawat MH385 daripada Hongkong secara transit sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur melalui Terminal Dua.
 
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di pejabatnya di Kota Kinabalu.
 
Menurut beliau, dadah tersebut disembunyikan di dalam sebuah kotak sederhana besar yang mengandungi satu set periuk nasi.
 
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Jika sabit kesalahan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) yang boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.
 
Dato’ Dr. Haji Janathan berkata, cubaan penyeludupan dadah itu adalah yang ketiga berjaya dipatahkan Kastam Sabah tahun ini melibatkan warganegara China.
 
Ends/Donny/Mira/cov/Any
Don….

19/8/2014: Kepimpinan Pergerakan Pemuda Negeri diingatkan amal budaya kerja yang ikhlas……

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Sabah Haji Yamani Hafez Datuk Seri Musa mengingatkan semua kepimpinan sayap pergerakan Pemuda di negeri ini untuk mengamalkan budaya kerja yang ikhlas.

Teruskan membaca