30/08/2014: Dua Sekolah Rendah Di Sabah Terpilih menyertai Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2014.

Sekolah Kebangsaan (SK) St. Agnes Likas, Kota Kinabalu dan SK Sandau, Lahad Datu telah terpilih menyertai Pertandingan Patrol Denggi Peringkat Kebangsaan 2014.

Kedua-dua sekolah tersebut bersaing dengan 30 buah sekolah dari seluruh negara.
Guru Besar SK St. Agnes, Kuilim Minin berkata, semua persiapan sudah dilakukan bagi menghadapi pertandingan itu.
Beliau ditemui pemberita dalam program gotong royong bersama ibubapa dan komuniti di sekolah tersebut.
Patrol Denggi merupakan program pencegahan denggi menerusi usahasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan dan Sanofi iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGOs).
Tujuan program itu adalah untuk menggalakkan pelajar-pelajar sekolah rendah memerangi denggi.
Lebih 100 orang termasuk ibubapa, guru, pelajar dan komuniti setempat menghadiri program gotong royong itu.
Donny (Oli/cov)
~mfja~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s